Divergent (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Divergent ialah sebuah filem sains fiksyen Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Neil Burger berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Veronica Roth. Filem ini merupakan filem pertama dalam siri Divergent dan dihasilkan oleh Lucy Fisher, Pouya Shabazian dan Douglas Wick dengan lakon layar oleh Evan Daugherty dan Vanessa Taylor.[4] Ia dibintangi Shailene Woodley, Theo James, Ashley Judd, Jai Courtney, Ray Stevenson, Zoë Kravitz, Miles Teller, Tony Goldwyn, Ansel Elgort, Maggie Q dan Kate Winslet.[5][6]
Divergent | |
---|---|
Pengarah | Neil Burger |
Lakon layar | Evan Daugherty Vanessa Taylor |
Berdasarkan | Divergent oleh Veronica Roth |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Alwin H. Küchler |
Disunting oleh | Richard Francis-Bruce |
Muzik oleh | Junkie XL |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Summit Entertainment Lionsgate |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 139 minit[1] |
Negara | Amerika Serikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $85 juta[2] |
Pecah panggung | $281,803,000[3] |
Divergent ditayangkan pada Mac 21, 2014 di Amerika Syarikat. Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Walaupun begitu, ia mencapai kejayaan komersial dengan mengutip US$288 juta di seluruh dunia berbanding bajet US$85 juta.[7][8]
Sebuah sekuel, The Divergent Series: Insurgent ditayangkan pada Mac 20, 2015 di Amerika Syarikat.