penulis, penggiat sastera dan budaya di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Che Shamsudin bin Othman (atau dalam penulisan lebih dikenali dengan Dinsman) ialah seorang penulis[1], sasterawan dan budayawan di Malaysia[2]. Beliau dilahirkan di Kampung Raja, Jitra, Kedah, pada 20 Mei 1949. Beliau menerima pendidikan agama di Maktab Mahmud, Alor Setar, sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Islam, Petaling Jaya. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropolgi- Sosiologi) diperolehinya daripada Universiti Malaya, 1974.
Che Shamsudin Othman | |
---|---|
Lahir | Che Shamsudin bin Othman 20 Mei 1949 Kampung Raja, Kubang Pasu, Jitra, Kedah |
Nama pena | Dinsman |
Pekerjaan | pemuisi, pelakon drama, penggiat teater |
Warganegara | Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pergerakan sastera | "Seniman Paksi Rakyat" (Paksi) |
Anugerah | Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1976, 1983) Penglima Mahkota Wilayah - P.M.W. (2020) |
Saudara | Ahmad Lutfi Othman (adik) |
Beliau berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1974 hingga 1979. Selain menulis drama, puisi, cerpen, dan esei budaya, Dinsman juga menulis buku politik dan menghasilkan dokumentari video (VCD). Melalui drama Bukan Bunuh Diri, Dinsman pernah menerima hadiah Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam Pertandingan Drama peringkat kebangsaan, anjuran Kementerian Kebudayaan, 1975.
Dinsman juga berjaya menggerakkan kumpulan teater dan melahirkan seniman tanah air seperti kumpulan Kopratasa[3]. Beliau turut menubuhkan gerakan sastera di bawah nama Seniman Paksi Rakyat (atau PAKSI) pada Jun 2008[4].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.