From Wikipedia, the free encyclopedia
Enlil (EN = Tuan+ LIL = Udara, "Tuan Lapangan" atau mungkin "Tuan Angin")[1] merupakan nama ketua dewa dalam agama Sumer. Nama ini kemungkinannya disebut dan kadang kala diterjemah dalam terjemahan sebagai Ellil dalam bahasa Akkadia, Hitt dan Kanaan. Dia dianggap sebagai dewa nafas, angin, udara dan angkasa, memisah langit dan bumi.[2]
Satu cerita mengisahkan asalnya sebagai nafas yang dihembus oleh Dewa Anu (dewa langit) dan Dewa Ki (Dewi Bumi) selepas hubungan intim. Yang lain menyatakan bahawa dia dan saudara perempuannya Ninhursag/Ninmah/Aruru/Ninti/ merupakan anak kepada dewa yang dikenali sebagai Enki (Tuan Bumi) dilahirkan oleh Ninki (Wanita Bumi)[3] (dalam konteks lain ini dianggap sebagai keluarga Dewa Enki dari Eridu).
Semasa Enlil merupakan dewa muda, dia dihalau dari Dilmun, rumah dewa-dewi, ke Kur, dunia bawah kerana merogol seorang gadis yang bernama Ninlil. Ninlil mengikutnya ke dunia bawah di mana dia melahirkan anak pertamanya, dewa bulan Sin (Sumeria Nanna - Suen). Selepas menjadi bapa kepada tiga lagi dewa dunia bawah (menggantikan Sin), Enlil dibenarkan pulang ke Dilmun.[4]
Enlil juga dikenali sebagai pencipta beliung/tajak (perkakasan kegemaran orang-orang Sumer) dan menyebabkan tumbuhan tumbuh. Dia memiliki Me suci, sehingga dia memberikannya kepada Enki bagi dijaga, yang kemudiannya memberikannya kepada Inanna ketika sedang mabuk.
Enlil, bersama dengan Dewa Anu/An, Enki dan Ninhursag merupakan salah satu dari empat dewa Sumeria.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.