Beliung

From Wikipedia, the free encyclopedia

Beliung
Remove ads

Beliung (Jawi: بليوڠ) ialah sejenis alat pertukangan kayu yang digunakan untuk membentuk, menarah dan melicinkan kayu potong kasar dalam pertukangan kayu menggunakan tangan. Beliung berbeza dari kapak di mana hujung ataupun mata kepala beliung melintang seperti kepala cangkul sedangkan mata kapak itu selari hulunya.

Thumb
Beliung moden
Thumb
Penggunaan beliung untuk membentuk kayu

Kebiasaannya, pengguna akan berdiri mengangkang kayu ataupun papan yang hendak ditarah ataupun dilicinkan dan mengayun beliung ke bawah ke arah kaki mereka dan menyerpih sedikit demi sedikit sambil bergerak ke belakang sedikit demi sedikit sambil mereka menggunakan beliung untuk menarah kayu menghasilkan kayu yang agak licin dan rata. Walau bagaimanapun, beliung boleh digunakan untuk lain-lain kerja memotong kayu.

Remove ads

Sejarah

Di Eropah Tengah, beliung dibuat dengan cara menyerpihkan batu sedikit demi sedikit dan digunakan sejak zaman Mesolitik lagi. Beliung berasah dibuat menggunakan batu seperti amfibolit, basalt ataupun Jadeite.

Beliung di zaman Mesir Purba diperlihatkan dalam lukisan Kerajaan Tua (kira-kira 3000 S.M.) dan digunakan sebagai hiroglif, alat menulis untuk tulisan mereka.

Kaum prasejarah Maori di New Zealand menggunakan beliung yang dibuat daripada nefrit (ataupun jed) dan digunakan untuk pengukiran kayu. Di Kepulauan Henderson di mana tiada kedapatan batu-batan yang sesuai, beliung diperbuat menggunakan kulit kerang besar.

Beliung moden dibuat daripada besi waja dengan pemegang diperbuat daripada kayu. Ia masih digunakan di kalangan mereka yang hendak mengembalikan ataupun mengekalkan kemahiran-kemahiran tradisional dan mereka yang hendak menjadi penyambung kemahiran-kemahiran tradisional ataupun mereka di dalam kawasan-kawasan yang kurang maju. Di Amerika Syarikat, beliung masih digunakan sebagai alat pertukangan di Pusat Budaya Colonial Williamsburg di Virginia. Ia masih digunakan dalam sesetengah industri seperti pembinaan tong daripada kayu.

Kebiasaannya, beliung kini digantikan dalam masyarakat moden dengan penggunaan gergaji dan ketam berkuasa (power-planer). Beliung juga digunakan oleh kaum pribumi Amerika dan Kanada untuk membuat ukiran di tiang totem mereka.

Remove ads

Jenis-jenis beliung

  • Beliung Tukang Kayu
    Beliung jenis berat dengan lengkungan tajam dan kepala yang berat. Beliung ini berat dan tidak sesuai digunakan untuk memahat kayu tinggi di atas paras kepala.
  • Beliung kereta api
    Beliung Tukang Kayu dengan matanya dipanjangkan untuk mengurangkan kejadian pemegang patah dan digunakan untuk membuat kayu alas landasan kereta api.
  • Beliung serimala kapal
    Beliung yang lebih kecil dan ringan daripada beliung tukang kayu. Boleh digunakan dalam pelbagai kedudukan termasuk di atas aras kepala.
Remove ads

Peribahasa

Beliung juga digunakan untuk perumpamaan dan peribahasa Melayu. Antaranya ialah :

Maklumat lanjut Peribahasa, Makna ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads