From Wikipedia, the free encyclopedia
Deborah Leah Birx (lahir 4 April 1956) adalah doktor dan diplomat Amerika Syarikat yang pakar dalam imunologi HIV/AIDS, penyelidikan vaksin, dan kesihatan global.[1] Pada Mac 2020, Birx berperanan sebagai Penyelaras Bertindak Koronavirus untuk Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih oleh Pentadbiran Trump.[2][3] Dari tahun 2014 hingga 2020, Birx berkhidmat sebagai Duta Besar dan United States Global AIDS Coordinator, di mana beliau bertanggungjawab untuk program President's Emergency Plan for AIDS Relief (PEPFAR) di 65 buah negara yang menyokong program rawatan dan pencegahan HIV/AIDS.[4]
Deborah Birx | |
---|---|
Penyelaras Bertindak Koronavirus Rumah Putih | |
Memegang jawatan 27 Februari 2020 | |
Presiden | Donald Trump |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
United States Global AIDS Coordinator | |
Memegang jawatan 4 April 2014 | |
Presiden | Barack Obama Donald Trump |
Didahului oleh | Eric Goosby |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pennsylvania, Amerika Syarikat | 4 April 1956
Anak-anak | 2 |
Pendidikan | Kolej Houghton (BS) Pusat Perubatan Hershey, Universiti Negeri Pennsylvania. (MD) |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan/cawangan | Kenteteraan Amerika Syarikat |
Pangkat | Kolonel |
Anugerah | Legion of Merit |
Birx dilahirkan di Pennsylvania. Beliau adalah anak perempuan Donald Birx, seorang ahli matematik dan jurutera elektrik, dan Adele Sparks Birx, seorang pengajar kejururawatan.[5][6][7] Birx dan keluarganya tinggal di Lancaster, Pennsylvania, selama beberapa tahun semasa awal kehidupannya, di mana beliau bersekolah di Sekolah Daerah Lampeter-Strasburg, termasuk Sekolah Tinggi Lampeter-Strasburg.[7] Projek sains tahun pertama Birx, dipamerkan pada tahun 1971 di Pameran Sains Lancaster City-County, yang memfokuskan pada paleobotani.[7] Pada tahun berikutnya, Birx, yang merupakan mahasiswi sekolah menengah, menduduki tempat ketiga di Pameran Sains Lancaster yang sama dengan pameran yang lebih mendalam mengenai paleobotani dan batu.[7] Dalam wawancara tahun 1972 bersama Lancaster New Era, Birx menjelaskan minatnya terhadap subjek projeknya, dengan mengatakan, "Saya setuju bahawa sejarah mungkin tidak dapat membantu anda meramalkan masa depan, oleh sebab itulah saya suka batu. Mereka lebih konsisten daripada orang."[7]
Keluarga Birx kemudian berpindah ke Carlisle, Pennsylvania, di mana beliau lulus dari Sekolah Tinggi Carlisle.[8]
Pada tahun 1976, Birx mendapat BS dalam bidang kimia dari Kolej Houghton. Pada tahun 1980, Birx memperoleh MD dari Pusat Perubatan Hershey, Universiti Negeri Pennsylvania.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.