gelaran kehormat From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' merupakan gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh ketua negara atau negeri seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan, dan Yang di-Pertua Negeri kepada orang tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara.[1] Gelaran ini dibahagikan kepada dua iaitu gelaran Dato' dan Datuk dimana Dato' merupakan gelaran yang diberikan oleh 9 raja Melayu di Malaysia iaitu negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu manakala Datuk diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan serta darjah kebesaran tambahan di peringkat persekutuan dan Yang di-Pertua Negeri untuk Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Sebelum kedatangan pengaruh Hindu-Buddha gelaran Dato' atau Datuk di gunakan oleh Raja Pemerintah bagi sesuatu wilayah berdasarkan catatan sejarah secara lisan.
Di Brunei, terdapat juga gelaran Dato atas penganugerahan gelaran Pembesar diraja Brunei dalam golongan Wazir, Cheteria dan Manteri.
Terdapat perbezaan dari segi ejaan dalam penggunaan gelaran ini serata Nusantara. Secara amnya, gelaran dengan ejaan "Datuk" didapati di kedua-dua Malaysia dan Indonesia, "Dato'" dengan tanda ' khusus digunakan di Malaysia sementara "Dato" dan "Datu" digunakan di Brunei dan di Sarawak. Walau bagaimanapun, isteri kepada penerima mana-mana gelaran tersebut diberi gelaran "Datin".
Gelaran ini didapati dalam budaya Minangkabau melalui pelafalan ia dalam dialek bahasa suku tersebut iaitu "Datuak", ia adalah gelar adat dalam Adat Minangkabau yang diberikan kepada seseorang melalui kesepakatan suatu kaum atau suku yang ada di wilayah Minangkabau (provinsi Sumatra Barat sekarang) dan selanjutnya disetujui sampai ke tingkat rapat adat oleh para tokoh pemuka adat setempat (Kerapatan Adat Nagari, biasa disingkat dengan KAN).
Sebelum gelar ini disandang seseorang, mesti dilakukan suatu upacara adat atau malewakan gala (Bahasa Minang), dengan sekurangnya menyembelih seekor kerbau dan kemudian diadakan jamuan makan. Dan jika calon Datuk tersebut tidak mampu untuk mengadakan acara tersebut, maka dia tidak berhak untuk menyandang gelar Datuk tersebut.
Pewarisan gelar Datuk dalam tradisi Minangkabau, berbeda dengan tradisi Melayu yang lain, gelar datuk dapat diwariskan menurut sistem matrilineal. Bila seorang Datuk meninggal dunia, gelar Datuk tersebut dapat diberikan kepada saudara laki-lakinya, atau keponakan (kemenakan) yang paling dekat hubungan kekerabatannya dari garis ibu.
Gelaran dengan ejaan 'Datuk' diberikan kepada individu yang telah dianugerahi pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, gelaran dengan ejaan Dato' dikurniakan oleh Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan gelaran dengan ejaan Datu dan Dato dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Pemberi darjah | Nama darjah kebesaran | Singkatan | Gelaran dipakai | ||
---|---|---|---|---|---|
Lelaki | Wanita | Isteri | |||
Malaysia | Panglima Jasa Negara | PJN | Datuk | Datin | |
Panglima Setia Diraja | PSD | Datuk | Datin | ||
Perlis | Darjah Dato' Bendahara Seri Jamalullail | DBSJ | Dato’ Bendahara Seri Diraja Negara | Tiada | |
Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail | SSPJ | [[Dato’ Seri Diraja | Datin Seri Diraja]] | ||
Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | SSSJ | Dato’ Seri Diraja | Datin Seri Diraja | ||
Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | SPSJ | Dato’ Seri Setia Diraja | Datin Seri Setia Diraja | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis | SPMP | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | DSSJ | Dato' Paduka | Datin Paduka | ||
Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | DWSJ | Dato' Wira | Datin Wira | ||
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis | DPMP | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | DSPJ | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato’ Panglima Putra Jamalullail | DPPJ | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail | DPSJ | Dato' | Datin | ||
Kedah | Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati | DMK | Dato' Seri Utama | To' Puan Seri Utama | |
Darjah Utama Seri Maharaja Bintang Darul Aman Kedah | SMDK | Dato' Seri Utama | To' Puan Seri Utama | ||
Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati | SSSK | Dato' Seri Diraja | To' Puan Seri Diraja | ||
Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah | SHMS | Dato' Seri Diraja | Datin Seri Diraja | ||
Darjah Seri Wira Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati | SGMK | Dato' Seri Wira | Datin Seri Wira | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah | SPMK | Dato' Seri | To' Puan | ||
Darjah Seri Setia Diraja Kedah | SSDK | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati | DPSS | Dato' Paduka | Datin Paduka | ||
Darjah Dato’ Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah | DHMS | Dato' Paduka | Datin Paduka | ||
Darjah Maharaja Bintang Darul Aman Kedah | DMDK | Dato' Diraja | Datin Diraja | ||
Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati | DGMK | Dato' Wira | Datin Wira | ||
Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati | DSPK | Dato' Pahlawan | Datin Pahlawan | ||
Darjah Datuk Setia Sultan Sallehuddin Kedah | DSSS | Dato' | Datin | ||
Dato' Paduka Mahkota Kedah | DPMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Setia Diraja Kedah | DSDK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Setia Pahlawan | DDSP | Dato' | Datin | ||
Perak | Darjah Paduka Sultan Azlan Shah | SPSA | [[Dato' Seri Diraja | Datin Seri Diraja]] | |
Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah | SPSN | Dato' Seri Diraja | Datin Seri Diraja | ||
Darjah Dato' Seri Azlanii | DSA | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini | SPCM | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Perak | SPMP | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari | SPTS | Dato' Seri Panglima | Datin Seri Panglima | ||
Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini | DPCM | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak | DPMP | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari | DPTS | Dato' Pahlawan | Datin Pahlawan | ||
Kelantan | Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) | SPMK | Dato' | Datin | |
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) | SJMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi I) | SPKK | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) | SPSK | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (Al-Petrawi I) | SPJK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi II) | DPMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) | DJMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi II) | DPKK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) | DPSK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (Al-Petrawi II) | DPJK | Dato' | Datin | ||
Terengganu | Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu | SUMZ | Dato' Seri Utama | To' Puan Seri Utama | |
Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu | SSMZ | Dato' Seri | To' Puan Seri | ||
Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu | SSMT | Dato' Seri | To' Puan Seri | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu | SPMT | Dato' Seri | To' Puan Seri | ||
Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu | DSMZ | Dato' | To' Puan | ||
Darjah Dato’ Setia Sultan Mahmud Terengganu | DSMT | Dato' | To' Puan | ||
Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu | DPMT | Dato' | To' Puan | ||
Pahang | Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang | SDSA | Dato’ Sri Diraja | Datin Sri Diraja | |
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang | SSAP | Dato' Sri | Datin Sri | ||
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang | SIMP | Dato' Indera | Datin Indera | ||
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang | DSAP | Dato’ | Datin | ||
Darjah Indera Mahkota Pahang | DIMP | Dato' | Datin | ||
Selangor | Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor | SPMS | Dato' Seri | Datin Paduka Seri | Datin Seri |
Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | SSSA | Dato' Seri | Datin Paduka Seri | Datin Seri | |
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah | SSIS | Dato' Setia | Datin Paduka Setia | Datin Seri | |
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor | DPMS | Dato' | Datin Paduka | Datin | |
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | DSSA | Dato' | Datin Paduka | Datin | |
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah | DSIS | Dato' | Datin Paduka | Datin | |
Negeri Sembilan | Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan | SPNS | Dato' Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Darjah Seri Utama Negeri Sembilan | SUNS | Dato' Seri Utama | Datin Seri Utama | ||
Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji | SPTJ | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang | SSTM | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang | SSNS | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan | DSNS | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan | DPNS | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar | DPTJ | Dato' | Datin | ||
Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang | DSTM | Dato' | Datin | ||
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan | DBNS | Dato' | Datin | ||
Johor | Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor | SPMJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) |
Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor | SSIJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor | SMIJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Dato’ Paduka Mahkota Johor | DPMJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Dato’ Setia Sultan Ismail Johor | DSIJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor | DMIJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Pulau Pinang | Darjah Utama Pangkuan Negeri | DUPN | Dato' Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Darjah Panglima Pangkuan Negeri | DPPN | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri | DGPN | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri | DMPN | Dato' | Datin | ||
Darjah Setia Pangkuan Negeri | DSPN | Dato' | Datin | ||
Melaka | Darjah Utama Negeri Melaka | DUNM | Datuk Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Darjah Gemilang Seri Melaka | DGSM | Datuk Seri | Datin Seri | ||
Darjah Cemerlang Seri Melaka | DCSM | Datuk Wira | Datin Wira | ||
Darjah Mulia Seri Melaka | DMSM | Datuk | Datin | ||
Darjah Pangkuan Seri Melaka | DPSM | Datuk | Datin | ||
Sabah | Seri Panglima Darjah Kinabalu | SPDK | Datuk Seri Panglima | Datin Seri Panglima | |
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu | PGDK | Datuk | Datin | ||
Sarawak | Datuk Patinggi Bintang Kenyalang | DP | Datuk Patinggi | Datin Patinggi | |
Datuk Amar Bintang Kenyalang | DA | Datuk Amar | Datin Amar | ||
Panglima Negara Bintang Sarawak | PNBS | Dato Sri | Datin Sri | ||
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang | PGBK | Datuk | Datin | ||
Darjah Jasa Bakti Sarawak | DJBS | Datu | Datin Paduka | Datin | |
Panglima Setia Bintang Sarawak | PSBS | Dato | Datin | ||
Wilayah Persekutuan | Seri Utama Mahkota Wilayah | SUMW | Datuk Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Seri Mahkota Wilayah | SMW | Datuk Seri | Datin Seri | ||
Panglima Mahkota Wilayah | PMW | Datuk | Datin |
Dato
"Dato" ialah pangkal gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan kepada individu yang telah dianugerahkan bintang-bintang kebesaran tertentu. Gelaran sebenar adalah "Dato" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan mengikut bintang kebesaran dan darjahnya. Contoh gelaran Dato adalah "Dato Seri Setia", "Dato Laila Utama", "Dato Hamzah Pahlawan" dan "Dato Paduka".[2] Bagi penerima perempuan, "Dato" adalah digantikan dengan "Datin". Tidak semua orang yang telah dianugerahkan bintang kebesaran diberi gelaran Dato.
Nama | Darjah | Singkatan | Gelaran |
---|---|---|---|
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati | - | DK | Dato Laila Utama |
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati | - | DK | Dato Seri Utama |
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar | Darjah Pertama | PSSUB | Dato Paduka Seri Setia |
Darjah Kedua | DSSUB | Dato Seri Setia | |
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang | Darjah Pertama | DPKG | Dato Paduka Seri |
Darjah Kedua | DLKG | Dato Laila | |
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang | Darjah Pertama | DPKT | Dato Paduka Seri |
Darjah Kedua | DKLT | Dato Laila | |
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa | Darjah Pertama | PSPNB | Dato Seri Pahlawan |
Darjah Kedua | DHPNB | Dato Hamzah Pahlawan | |
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia | Darjah Pertama | PSNB | Dato Seri Setia |
Darjah Kedua | DSNB | Dato Setia | |
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa | Darjah Pertama | PSLJ | Dato Paduka Seri Laila Jasa |
Darjah Kedua | DSLJ | Dato Seri Laila Jasa | |
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia | Darjah Pertama | SPMB | Dato Seri Paduka |
Darjah Kedua | DPMB | Dato Paduka |
Datu
Dalam sistem gelaran pembesar diraja Brunei, "Datu" adalah pangkal gelaran bagi beberapa gelaran Manteri iaitu golongan pembesar selepas Cheteria dan yang terbawah sekali dalam hierarki tersebut. Gelaran sebenar adalah "Datu" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan, contohnya "Datu Mahawangsa", "Datu Laila Diraja" dan "Datu Ratna".[3] Walau bagaimanapun, "Datu" juga wujud sebagai sebahagian daripada gelaran berpangkal "Pehin", juga dalam golongan Manteri, seperti "Pehin Datu Singamanteri", "Pehin Datu Amar Setia Diraja" dan "Pehin Datu Imam".[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.