![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/dc/Daniel_Day-Lewis_crop.jpg/640px-Daniel_Day-Lewis_crop.jpg&w=640&q=50)
Daniel Day-Lewis
Bekas pelakon Inggeris / From Wikipedia, the free encyclopedia
Daniel Michael Blake Day-Lewis (born 29 April 1957) ialah seorang bekas pelakon kelahiran United Kingdom.[1]
Sir Daniel Day-Lewis | |
---|---|
![]() Day-Lewis pada Mei 2013 | |
Kelahiran | Daniel Michael Blake Day-Lewis (1957-04-29) 29 April 1957 (umur 67) London, England |
Warganegara | England[1] |
Kerakyatan |
|
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1970–2017 |
Pasangan | Rebecca Miller (k. 1996) |
Rakan kongsi domestik | Isabelle Adjani (1989–1995) |
Anak-anak | 3 |
Saudara | Cecil Day-Lewis (bapa) Jill Balcon (ibu) Tamasin Day-Lewis (kakak) Michael Balcon (datuk) |
Beliau dikenali melalui pendekatan lakonannya yang sangat menjiwai sesuatu watak dengan mengkaji dalam-dalam segala apa yang berkaitan dengan persona watak dipilih sebelum berlatih lakon.[2][3] Malah, beliau sering tidak melepaskan diri daripada lakonannya waima menjejaskan kesihatan diri.[4][5][6] Beliau amat cerewet dengan pilihan filem yang mahu dilibatkannya - beliau hanya berlakon sebanyak enam filem dari mula tahun 1998.[7] Beliau juga sangat mementingkan privasinya sehingga jarang tampil diwawancara mahupun menampilkan diri di depan orang ramai.[8]
Kenekadan dalam lakonannya membawa kepada persembahan yang dilihat banyak memukau penonton dan meraih seberapa anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik sebanyak tiga kali,[9] empat Anugerah BAFTA untuk Filem Terbaik, tiga Anugerah Screen Actors Guild dan dua Anugerah Golden Globe. Beliau sendiri dianggap sebagai antara pelakon terbaik sepanjang zaman seni wayang.[4][10][11][12]