From Wikipedia, the free encyclopedia
Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad (Uzbek: Daler Yusuf Khamrokulov , Rusia: Далер Юсуф Хамрокулов ; lahir 31 Disember 1992) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia berketurunan Uzbekistan.[1] Beliau terkenal dengan drama lakonan beliau termasuk Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku, Encik Suami Mat Salih Celup, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya.[2][3]
Daler Yusuf | |
---|---|
Kelahiran | Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad 31 Disember 1992 |
Pusat pendidikan | Kolej Antarabangsa Westminster |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2015–kini |
Pasangan | Sakinah Burikul (k. 2013) |
Anak-anak | 4 |
Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih bahasa Melayu. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk Maxis, Samsung, dan Baskin-Robbins. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.[4][5]
Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala beliau memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Nelydia Senrose dalam Encik Suami Mat Salih Celup yang disiarkan di Slot Dahlia TV3.[6] Beliau berlakon dalam drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.
Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.
Daler lahir di Dushanbe, Tajikistan dari keluarga berdarah kacukan Uzbekistan kepada bapa berbangsa Uzbekistan. Beliau merupakan lulusan dalam Pengurusan Perniagaan di Kolej Antarabangsa Westminster.[7]
Bapanya meninggal dunia pada 4 September 2020 akibat COVID-19.[8]
Daler juga pernah mengakui bahawa Sherzod Yusuf sebagai adik beliau dan gambar mereka bersama sering dimuatnaik di laman media sosial. Selepas kontroversi Sherzod liat membayar hutang dan melakukan penipuan wang terhadap rakan-rakannya, ramai warga maya yang meminta Daler memberikan komen beliau. Kontroversi timbul apabila Daler membuat pengakuan bahawa Sherzod bukanlah adik beliau tetapi sekadar saudara sesama islam dan senegara.[9] Mereka masih rapat.
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Kastil Tua | Andre | Chaska Doppert | Filem Indonesia |
2017 | Gasing Tengkorak | Kevin Khoiro | Jose Poernomo | Filem Indonesia |
2020 | Mael Totey The Movie | Raheem | Syahmi Sazli | Pelakon undangan |
2021 | Seandainya Kau Ada | Dr. Andrew | Chad Rahman, Fadzil Teh | Filem Malaysia, pelakon pembantu |
2022 | Seratus | Feroz Kader | Penampilan khas | |
Bintang Hatiku | Teddy Chin | |||
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Tuan Anas Mikael | Mika Channarong | Astro Ria | |
2016 | Lip Lap Raya | Adam | HyppTV | |
2017 | Encik Suami Mat Salih Celup | Ian Hadiff | TV3 | |
Meh Sandar Lagi | Dr. Syeriff | |||
Titian Cinta | Rayyan Hakim | |||
2018 | Nafas | Uwais | NTV7 | |
Amira Rose | Amir | TV3 | ||
Jangan Benci Cintaku | Irwan | |||
Terima Aku Seadanya | Peter | NTV7 | ||
2019 | 3 Gadis Manis | Que | Astro Gempak | |
Encik Iman Ekspres | Encik Damien | Astro Ria | ||
Bukan Cinta Aku | Aidil | TV3 | ||
Nota Buat Cempaka | Dr. Luqman Harith | TV1 | ||
2020–2021 | Potong | Mat Salleh | Astro Warna | Penampilan khas |
2021 | Marry Me Senorita | Chef Riz | Astro Ria | |
The Hotel | Razul Ilyas | |||
2023 | 4 Musim Cinta | Mikael | TV Okey |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2022 | Villa Kristal | Ethan | WeTV |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku | HyppTV | |
2017 | Selamat Tinggal Aidilfitri | Astro Prima | |
Menyusur Erti Rindu | TV9 | ||
2018 | DM Hati Awak | Danial | NTV7 |
2019 | Bungaku Ayu | Kamil | TV2 |
2022 | Hajat Buat Lagu | Arik | |
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | "Jatuh" | Daiyan Trisha |
"Diam Saja" | Bila AF 2015 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Perang Bibir | Dirinya sendiri | TV9 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.