Daisuke Higuchi (樋口大輔, Higuchi Daisuke) (dilahirkan pada 10 Mei, 1966) ialah seorang mangaka perempuan yang terkenal dengan manga Whistle!.

Sejarah

Dilahirkan di Wilayah Gunma, beliau telah dikenali di dunia manga apabila dianugerahkan tempat ketiga di anugerah Osamu Tezuka ke-43 pada 1992. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pengarang kisah romantik/aksi yang dipanggil Itaru. Pada 1998, beliau menjadi terkenal di Jepun dengan manga bola sepaknya Whistle!

Dengan kejayan Whistle!, beliau pergi secara terus perseorangan kepada siri animasinya. Semasa tahun 2006, adalah dipercayai beliau sedang bekerja dengan siri baru.

Sekarang ini beliau tinggal di Tokyo.

Kerja-kerja

Manga

  • 1992 - Itaru
  • 1998 - Whistle!
  • 2005 - Go Ahead

Anime

Trivia

  • Daisuke Higuichi telah dipengaruhi untuk memulakan kerjanya pada Whistle! selepas beliau pergi ke Perancis untuk menghadiri Pertandingan Piala Dunia 1998.
  • Potret dirinya sendiri dalam Whistle! mengambil bentuk burung gagak.
  • Beliau selalu disalah anggap sebagai seorang lelaki, kerana Daisuke ialah nama yang biasanya untuk lelaki.

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.