Curtiss R3C
From Wikipedia, the free encyclopedia
Curtiss R3C ialah pesawat lumba Amerika yang dibina dalam bentuk pesawat darat dan pesawat terapung. Ia merupakan pesawat sayap berkembar (biplane) satu tempat duduk yang dibina oleh Curtiss Airplane and Motor Company .
Curtiss R3C | |
---|---|
Curtiss R3C-2 | |
Peranan | Pesawat lumba |
Pengeluar | Curtiss Aeroplane and Motor Company |
Penerbangan pertama | 18 September 1925 |
Pengenalan | 1925 |
Syarikat penerbangan utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 3 |
Dibangunkan dari | Curtiss R2C |
R3C-1 [1] ialah versi pesawat darat dan Cyrus Bettis memenangi Perlumbaan Piala Pulitzer dalam satu pertandingan pada 12 Oktober 1925 dengan rekod kelajuan 248.9 mph (406.5 km/j).
R3C-2 pula ialah pesawat laut apungan berkembar yang dibina untuk perlumbaan Trofi Schneider yang diadakan di Teluk Chesapeake,Baltimore, Maryland pada tahun 1925. Juruterbang Jimmy Doolittle menerbangkan Curtiss R3C-2 dengan kelajuan 232.57 mph (374.274 km/j) telah memenangi trofi . Dua buah lagi R3C-2, dipandu oleh George Cuddihy dan Ralph Oftsie tidak sampai ke garisan penamat. Pada keesokannya Doolittle memandu pesawat yang sama pada laluan lurus, mencatatkan rekod dunia baharu dengan kelajuan 245.7 mph (395.4 km/j), . Bagi Pertandingan Trofi Schneider yang seterusnya pada 13 November 1926, enjin R3C-2 telah dipertingkatkan lagi dan juruterbang Christian Franck Schilt mendapat tempat kedua dengan kelajuan 231.364 mph (372.34 km/j).