Coverina merupakan sebuah filem aksi komedi ringan Malaysia 2015 arahan Khalid Nadzri dalam penampilan sulung arahannya, dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Siti Elizad sebagai watak utama. Filem ini diterbitkan oleh SPS Jaya dan ditayangkan pada 19 Februari 2015.[1]

Fakta Segera Coverina, Pengarah ...
Coverina
Thumb
Poster promosi
PengarahKhalid Nadzri
PenulisEllyna Ahmad
Dihasilkan oleh
  • Azwan Annuar
  • Jameah Aziz
Dibintangi
SinematografiAhmad Nizar Hanafiah
Disunting olehShamsul Zain
Muzik olehCat Farish
Syarikat
penerbitan
SPS Jaya
Tarikh tayangan
  • 19 Februari 2015 (2015-02-19) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Tutup

Sinopsis

Kamal seorang pengangur yang sering membantu temannya Ery di warung burger, telah tersilap mengisi borang permohonan kerja, sehingga dia ditemuduga untuk bekerja di sebuah syarikat permotoran milik Rina, ratu permotoran negara yang merupakan seorang anti-lelaki akibat ditinggalkan kekasihnya pada hari pernikahan mereka. Semuanya berubah apabila Kamal diterima bekerja di situ sebagai ‘despatch’ kerana pekerja wanita mereka telah berhenti secara tiba-tiba. Menyamar sebagai Kamalia membolehkan Kamal menyelami perasaan Rina, dan cuba memikat Rina. Namun, cubaannya tidak berkesan dan menyebabkan Rina yang kesunyian ingin kembali menjalin perhubungan dengan bekas kekasihnya.

Pelakon

Penerbitan

Coverina ialah filem sulung arahan Khalid Nadzri, adik kepada pelakon dan pengarah Ahmad Idham.[2] Menurut Khalid,[2] Coverina bukan untuk mengangkat kisah 'transgender' atau 'crossgender', sebaliknya filem ini lebih memaparkan kisah lelaki yang terpaksa menyamar menjadi wanita untuk menyelami perasaan dan naluri golongan itu yang pernah dikecewakan lelaki.[2] Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: "Saya tertarik untuk mengarahkan Coverina kerana suka dengan skrip yang dihasilkan Ellyna Ahmad yang pernah menghasilkan skrip untuk filem Ophilia sebelum ini,".[2]

Filem ini menyaksikan gandingan pertama Pekin Ibrahim dan Siti Elizad.[2] Cabaran paling besar dihadapi oleh Khalid ialah untuk memastikan watak Kamelia yang dilakonkan oleh Pekin bukan watak lelaki lembut atau pondan. Penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur. Barisan pelakon lain yang terlibat termasuk Cat Farish, Arissa Hidayah, Kina Kamal, Shahrolnizam Sulaiman dan Zazly Baginda.[2]

Pekin membawa dua watak, iaitu Kamal dan Kamelia. Beliau berkata mengenai wataknya: "Dalam filem ini, saya bukan jadi mak nyah atau pondan, tetapi perlu berpakaian wanita dan menjadi seorang gadis. Semuanya bermula selepas watak Kamal Ali pergi meminta kerja di sebuah kedai motosikal yang dimiliki bos wanita lakonan Siti Elizad,".[3][4][5]

Kontroversi

Coverina menjadi subjek kontroversi apabila ia didakwa mengangkat kisah transgender.[6] Filem ini turut mendapat kecaman warganet supaya filem ini diharamkan tayangannya. Pelbagai komen dan andaian diberikan terhadap filem ini selepas melihat watak utama Pekin berlakon jadi wanita.[6] Khalid berkata kepada Berita Harian: "Saya pernah cakap dengan Pekin juga dan lihat ia terjadi juga akhirnya. Apa yang diperkatakan mereka hanya tanggapan dan sebaiknya mereka tonton dulu filem ini. Saya jawab apa saja persoalan serta tanggapan itu menerusi visual di dalam filem ini.[6]

Pekin dilaporkan telah memohon maaf kepada ibunya di kampung agar tidak terkejut dengan penampilannya dalam filem itu.[7]

Keluaran dan sambutan

Coverina dikeluarkan pada 19 Februari 2015 di 35 pawagam seluruh negara.[6] Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 11 Januari 2015.[4]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Perak Today menyifatkan filem ini sebagai "santai dan menghiburkan" dan juga menakrifkan "gandingan Pekin dan Elizad di dalam filem ini amat menjadi dan sesuai dengan perjalanan filem ini".[8]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.