Copa América 2019
From Wikipedia, the free encyclopedia
Copa América 2019 akan menjadi edisi ke-46 Copa América, sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang akan diadakan empat tahun sekali, yang dianjurkan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL. Ia akan diadakan di Brazil dan berlangsung antara 14 Jun dan 7 Julai 2019 di 6 tempat di seluruh negara.
Copa América Brasil 2019 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | ![]() |
Tarikh | 14 Jun - 7 Jul 2019 |
Pasukan | 12 (dari 2 konfederasi) |
Tempat | 6 (di 5 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Tempat Ketiga | ![]() |
Tempat Keempat | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 26 |
Jaringan gol | 60 (2.31 per perlawanan) |
Kehadiran | 867,245 (33,356 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() ![]() (Masing-masing 3 gol) |
Pemain terbaik | ![]() |
Penjaga gol terbaik | ![]() |
Anugerah Permainan Bersih | ![]() |
← 2016 2021 → |
Menuju ke kejohanan itu, Chile adalah juara bertahan dua kali, setelah memenangi edisi kejohanan 2015 dan 2016, tetapi telah disingkirkan oleh Peru di separuh akhir yang membawa kepada perlawanan tempat ketiga menentang Argentina, yang mana mereka juga kalah.
Negara tuan rumah Brazil memenangi gelaran kesembilan mereka dengan mengalahkan Peru 3-1 di perlawanan akhir.[1] Argentina mengambil tempat ketiga dengan mengalahkan Chile 2–1 dalam perlawanan tempat ketiga.[2]