ColecoVision
From Wikipedia, the free encyclopedia
Coleco ColecoVision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Coleco pada sekitar tahun 1980-an. Idea kepada pembangunan konsol ini tercetus apabila pihak Coleco ingin membawa pengalaman bermain permainan arked di rumah[2]. Beberapa aksesori juga dikeluarkan untuk konsol ini seperti alat pengawal stereng dan bebola penjejak sebagai salah satu cara untuk pengguna merasai pengalaman bermain permainan arked di rumah[3].
Pengilang | Coleco |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kedua |
Ketersediaan runcit | Ogos 1982[1] |
Media | Katrij |
CPU | Zilog Z80A NEC D780C-1 (8-bit) berkelajuan 3.58 MHz |
Sambutan terhadap penerimaan konsol ini sangat meriah di kalangan pengguna-pengguna di Amerika Syarikat kerana pihak Coleco menyertakan permainan video arked popular dari Nintendo iaitu Donkey Kong apabila pengguna membeli set konsol ini[4]. Coleco membeli hak cipta permainan video Donkey Kong dari Nintendo selepas seorang juruteranya Eric Bromley berlepas ke Jepun untuk berbincang mengenai beberapa permainan video yang boleh dimainkan dalam konsol ColecoVision bersama ketua eksekutif Nintendo pada ketika itu Hiroshi Yamauchi[5].