![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bf/World-of-coca-cola.jpg/640px-World-of-coca-cola.jpg&w=640&q=50)
Coca-Cola
minuman ringan berwarna coklat berkarbonat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Coca-Cola ialah minuman ringan berkarbonat dan berperisa khas yang dikeluarkan oleh The Coca-Cola Company dari Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.
![]() | |
---|---|
Jenis | Minuman ringan |
Pengeluar | The Coca-Cola Company |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Diperkenalkan | 1886 |
Warna | Caramel E-150d |
Produk berkaitan | Pepsi Irn Bru RC Cola Cola Turka Zam Zam Cola Mecca Cola Virgin Cola Parsi Cola Qibla Cola Evoca Cola Corsica Cola Breizh Cola Afri Cola |
Laman web | www |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e8/15-09-26-RalfR-WLC-0098_-_Coca-Cola_glass_bottle_%28Germany%29.jpg/640px-15-09-26-RalfR-WLC-0098_-_Coca-Cola_glass_bottle_%28Germany%29.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bf/World-of-coca-cola.jpg/320px-World-of-coca-cola.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/24/Coca-Cola_bottle_cap.svg/640px-Coca-Cola_bottle_cap.svg.png)
Air minuman ini pada asalnya dikembangkan sebagai suatu minuman berubat pada hujung abad ke-19; nama air ini sempena dua bahan utama dalam ramuan asal menghasilkan minuman ini iaitu daun koka dan kacang kola.[1] Pemasaran dan pengiklanan giat bijak dilakukan Asa Griggs Candler berjaya memasyhurkan Coke dalam kalangan orang ramai sehingga mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20.[2] Walaupun minuman ini sekali-sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Malah, ia merupakan jenama ketiga "paling berharga" seluruh dunia selepas Apple dan Google dalam suatu kajian "jenama global terbaik" dijalankan firma Interbrand.[3]