From Wikipedia, the free encyclopedia
Claude Stanley Choules (disebut /ˈʃuːlz/;[1] 3 Mac 1901 – 5 Mei 2011) merupakan pejuang veteran Perang Dunia Pertama terakhir yang hidup di dunia,[2] dan merupakan saksi tentera terakhir yang hidup menyaksikan pelubangtenggelaman armada Jerman di Scapa Flow. Dia juga merupakan veteran terakhir yang berkhidmat dalam kedua-dua perang dunia, dan pelaut terakhir dari Perang Dunia Pertama. Ketika saat kematiannya, dia juga merupakan tentera veteran ketiga tertua di dunia yang disahkan dan manusia tertua yang diketahui hidup di Australia.[3][4] Dia juga dahulunya merupakan manusia hidup yang ke-7 tertua di duina. Claude Choules menjadi orang tertua dilahirkan di United Kingdom selepas kematian Stanley Lucas pada 21 Jun 2010. Claude Choules meninggal dunia di Perth, Barat Australia, pada umur 110 tahun.[5][6] Dia mengatasi veteran tertua Perang Dunia Pertama Amerika Syarikat, Frank Buckles sebanyak 67 hari.
Claude Choules | |
---|---|
Kesetiaan | United Kingdom Australia |
Perkhidmatan | Royal Navy Royal Australian Navy |
Tahun perkhidmatan | British 1916–26 Australian 1926–56 |
Pangkat | Acting Torpedo Officer, Fremantle Chief Demolition Officer |
Pertempuran | Perang Dunia Pertama Perang Dunia Kedua |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.