Claude Auchinleck
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fil Marsyal Sir Claude John Eyre Auchinleck, GCB, GCIE, CSI, DSO, OBE (21 Jun 1884 – 23 Mac 1981) adalah seorang panglima Tentera Darat British semasa Perang Dunia Kedua. Beliau adalah seorang askar berkerjaya yang menghabiskan banyak masa tenteranya di India, di mana beliau naik menjadi Panglima Tertinggi Tentera India menjelang awal tahun 1941. Pada Julai 1941 beliau telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi Kancah Timur Tengah, tetapi selepas kejayaan awal, perang di Afrika Utara beralih menentang British, dan beliau dipecat dari jawatan itu pada 1942 semasa kegawatan kempen Alamein.
Sir Claude Auchinleck | |
---|---|
Nama samaran | The Auk |
Kelahiran | (1884-06-21)21 Jun 1884 Aldershot, Hampshire, England[1][2][note 1] |
Meninggal dunia | 23 Mac 1981(1981-03-23) (umur 96) Marrakech, Maghribi |
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera India British |
Tahun perkhidmatan | 1904–1947 |
Pangkat | Fil Marsyal |
Arahan | Pemerintah Tertinggi India dan Pakistan (1947–48) Panglima Tertinggi, India (1941, 1943–47) Markas Timur Tengah (1941–42) Markas Selatan (1940)[3] Kor V (1940) Panglima Tertinggi, Norway Utara (1940) Kor IV (1940) Divisyen Ke-3 Infantri India (1939) Daerah Meerut (1938) Briged Peshawar (1933–36) Batalion Pertama, Rejimen Pertama Punjab (1929–30) |
Pertempuran | Perang Dunia II
Kempen Mohmand |
Anugerah |
|
Tugas lain |
Pada Jun 1943, beliau sekali lagi dilantik sebagai Panglima Tertinggi, India, dimana sokongannya melalui penyusunan bekalan, penyelenggaraan dan latihan untuk Tentera Darat Keempat Belas William Slim memainkan satu peranan penting dalam kejayaannya. Beliau berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi, India sehingga pembahagian negara itu pada 1947, apabila beliau menjawat peranan Pemerintah Tertinggi semua tentera British di India dan Pakistan hingga hujung tahun 1948.