![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/63/Claire_Foy_in_2018.jpg/640px-Claire_Foy_in_2018.jpg&w=640&q=50)
Claire Foy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Claire Elizabeth Foy (dilahirkan pada 16 April 1984) ialah seorang pelakon wanita Inggeris.[1] Beliau belajar berlakon di Liverpool John Moores University dan Oxford School of Drama dan membuat kemunculan sulungnya dalam siri komedi ghaib Being Human pada tahun 2008. Berikutan dari kemunculan pentas profesional pertamanya di National Theatre Royal, beliau menjayakan peranan tajuk dalam siri mini BBC One Little Dorrit (2008),[2] dan membuat kemunculan filem pertama beliau dalam drama fantasi sejarah Amerika Season of the Witch (2011). Berikutan peranan utama dalam siri televisyen The Promise (2011) dan Crossbones (2014), Foy menerima pujian untuk menjayakan watak ratu yang tidak bersalah Anne Boleyn dalam siri mini Wolf Hall (2015).[3][4][5]
Claire Foy | |
---|---|
![]() Foy di acara untuk First Man pada 2018 | |
Kelahiran | Claire Elizabeth Foy (1984-04-16) 16 April 1984 (umur 40) Stockport, Greater Manchester, England |
Pusat pendidikan | Universiti Liverpool John Moores |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Stephen Campbell Moore (k. 2014; c. 2018) |
Anak-anak | 1 |