From Wikipedia, the free encyclopedia
Citi Field ialah sebuah stadium besbol yang terletak di Flushing Meadows–Corona Park, di borough Queens, New York City, Amerika Syarikat. Stadium ini mula dibuka padatahun 2009 dan ia menjadi gelanggang tuan rumah bagi pasukan Major League Baseball (MLB), New York Mets. Stadium tersebut telah dibina bagi menggantikan stadium lama di sebelah tapak stadium ini, Stadium Shea yang telah digunakan semenjak tahun 1964.
Alamat | 41 Seaver Way |
---|---|
Lokasi | Flushing, Queens, New York City |
Koordinat | 40°45′25″N 73°50′45″W |
Transit awam | Long Island Rail Road': Port Washington Branch at Mets–Willets PointNew York City Subway: Templat:NYCS Flushing at Mets–Willets Point New York City Bus: Q19, Q48, Q66 |
Pemilik | New York Mets[1] |
Pentadbir | New York Mets |
Kapasiti | 41,922 (2012–kini)[2] 41,800 (2009–2011) 45,000+ (termasuk tempat untuk berdiri) |
Rekod kehadiran | 45,186 (Perlawanan All-Star 2013) 44,859 (Siri Dunia 2015)[3] 44,466 (Aksi musim)[4] |
Saiz Padang | Garisan padang kiri - 335 kaki (102 m) Kiri pusat - 358 kaki (109 m) Kiri pusat dalam - 385 kaki (117 m) Pusat padang - 408 kaki (124 m) Kanan pusat dalam - 398 kaki (121 m) Kanan pusat - 375 kaki (114 m) Garisan padang kanan - 330 kaki (101 m) |
Permukaan | Kentucky Bluegrass |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 13 November 2006 |
Dibuka | 29 Mac 2009 3 April 2009 (perlawanan persahabatan) 13 April 2009 (aksi musim) | (perlawanan kolej)
Kos pembinaan | US$900 juta ($922 juta dalam 2016 dolar[5]) |
Arkitek | Populous (dahulu HOK Sport) |
Jurutera struktur | WSP Cantor Seinuk[6] |
Perkhidmatan jurutera | M-E Engineers, Inc.[6] |
Kontraktor am | Hunt/Bovis Lend Lease Alliance II (satu usaha sama) |
Kontraktor utama | International Concrete Products |
Tuan rumah | |
New York Mets (MLB) (2009–kini) New York City FC (MLS) (2020–kini, separuh masa)[7] |
Citi Field telah direka bentuk oleh syarikat Populous. Sebanyak $850 juta telah dibelanjakan bersama $615 juta subsidi awam,[8] termasuk jualan bon perbandaran New York City yang akan dibayar oleh Mets bersama faedah. Pembayaran tersebut akan mengimbangi cukai-cukai harta untuk jangka sepanjang hayat stadium tersebut.[9][10]
Perlawanan pertama di Citi Field ialah pada 29 Mac 2009 dalam aksi besbol kolej antara St. John's dan Georgetown.[11] Mets beraksi dalam dua perlawanan sulungnya di stadium pada 3 dan 4 April 2009 menentang Boston Red Sox[12] sebagai aksi persahabatan. Perlawanan sulung musim bermula pada 13 April 2009 menentang San Diego Padres. Citi Field pernah mengacarakan aksi Perlawanan All-Star Major League Baseball 2013, sekali gus menandakan Mets pernah menjadi tuan rumah acara tersebut buat kali kedua (pertama kali pada 1964, musim sulung di Stadium Shea).[13]
Hak penamaan stadium telah dibeli oleh Citigroup, sebuah syarikat kewangan yang berpusat di New York dengan perjanjian bayaran sebanyak $20 juta pada setiap tahun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.