Tulisan Cina Tradisional
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tulisan Cina Tradisional (Cina Tradisional: 正體字/繁體字code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 正体字/繁体字code: zh is deprecated , pinyin: zhèngtǐ zì/fántǐ zì) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai aksara Cina bercetak. Bentuk aksara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han, dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 semasa Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set aksara tradisional daripada set aksara Cina ringkas yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.
tulisan Cina tradisional | |
---|---|
Jenis | logografi
|
Bahasa | bahasa Cina |
Tempoh masa | sejak abad ke-5 |
Aksara induk | Cina
|
Arah tulis | Varies |
ISO 15924 | Hant, 502 |
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Aksara Cina |
---|
Cina Tradisional |
Aksara kelainan |
Cina Ringkas |
Cina Ringkas pusingan kedua |
Kanji |
- Kyujitai |
- Shinjitai |
Hanja |
- Gugyeol |
- Hyangchal |
Chu Nom |
- Han Tu |
Seni khat Asia Timur |
- Tulisan tulang ramalan |
- Tulisan gangsa |
- Tulisan mohor |
- Tulisan kerani |
- Tulisan biasa |
- Skrip Separa Kursif |
- Skrip Kursif |
Kaedah Input |
Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Makau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.)