![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7a/Lizard_of_Assam.jpg/640px-Lizard_of_Assam.jpg&w=640&q=50)
Cicak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cicak atau cecak merupakan sejenis reptilia dalam genus Hemidactylus[2] keluarga Gekkonidae.[3][4] Terdapat 187 spesies yang diketahui[5] dan ditemukan di semua kawasan tropika dunia menjangkau ke kawasan-kawasan subtropika Afrika dan Eropah, spesies baru ditemukan setiap beberapa tahun.
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Cicak | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Gekkonidae |
Genus: | Hemidactylus Oken, 1817[1] |
Spesies jenis | |
Gecko tuberculosus Raddi, 1823 | |
Sinonim | |
Dalam urutan abjad:
|
Tutup
Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.