Chuck Norris
pakar seni bela diri, pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Carlos Ray Norris (lahir 10 Mac 1940) atau juga dikenali dengan nama pelakonnya Chuck Norris [cak nor-ris] ialah seorang pakar seni bela diri, pelakon dan penerbit filem dari Amerika Syarikat.Kepakaran beliau dalam seni melawan yang menjadi begitu penting dalam filem-filem aksi lakonannya menjadi sangat digemari dan dikenali lalu menjadi tokoh imej kehandalan di Hollywood dan Amerika Syarikat secara umumnya.
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Chuck Norris | |
---|---|
Kelahiran | Carlos Ray Norris (1940-03-10) 10 Mac 1940 (umur 84) |
Pekerjaan | Pelakon, pakar sei bela diri, penerbit dan penulis lakon layar filem, pegawai tentera udara |
Tahun aktif | 1968 - kini |
Parti politik | Parti Republikan[1] |
Pasangan | Dianne Holechek (k. 1958; c. 1989) Gena O'Kelley (k. 1998) |
Anak-anak | 5, termasuk Mike dan Eric Norris |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1958 - 1962[2] |
Pangkat | Airman First Class |
Unit | |
Anugerah | |
Laman web rasmi | chucknorris |
Tandatangan | |
Tutup
Beliau tidak sahaja memenangi banyak pertanding seni mempertahankan diri, malah dipangkatkan tali pinggang hitam dalam beberapa seni bela diri utama seperti Tang Soo Do, jujutsu Brazil dan Judo.[3] Beliau turut menubuhkan sekolah seni bela dirinya sendiri iaitu Chun Kuk Do.