![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/19/Chua_Soi_Lek.jpg/640px-Chua_Soi_Lek.jpg&w=640&q=50)
Chua Soi Lek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chua (蔡).
Tan Sri Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Tulisan Cina Ringkas: 蔡细历; lahir 2 Januari 1947) juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan bekas ahli politik Malaysia dari negeri Johor. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Wong Sek Hin dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. [1]
Fakta Segera Presiden MCA, Perdana Menteri ...
Chua Soi Lek 蔡细历 (Cina) | |
---|---|
![]() | |
Presiden MCA | |
Dalam jawatan 26 Ogos 2008 – 22 Februari 2013 | |
Perdana Menteri | Abdullah bin Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Ong Tee Keat |
Digantikan oleh | Liow Tiong Lai |
Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 24 Mac 2004 – 2 Januari 2008 | |
Didahului oleh | Chua Jui Meng |
Digantikan oleh | Liow Tiong Lai |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Labis, Johor | |
Dalam jawatan 24 Mac 2004 – 2 Januari 2008 | |
Didahului oleh | Ling Liong Sik |
Digantikan oleh | Chua Tee Yong |
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 22 Oktober 1990 – 6 April 1995 | |
Menteri Besar | Muhyiddin Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Penggaram | |
Dalam jawatan 4 Ogos 1986 – 4 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Tan Peng Khoon (Bandar Penggaram) |
Digantikan oleh | Koh Chee Chai |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1947-01-02) 2 Januari 1947 (umur 77) Batu Pahat, Johor, Malayan Union (kini Malaysia) |
Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA) |
Pasangan | Puan Sri Wong Sek Hin |
Anak-anak | Chua Tee Yong |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor psikiatri |
Tutup
Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau pada 1 Januari 2008 akibat skandal seks DVD.[2] Bagaimanapun, pada 18 Oktober 2008, beliau kembali ke persada politik apabila memenangi pemilihan menjadi Timbalan Presiden MCA.[3]