![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0c/Chris_Hadfield_2011.jpg/640px-Chris_Hadfield_2011.jpg&w=640&q=50)
Chris Hadfield
From Wikipedia, the free encyclopedia
Chris Austin Hadfield OC OOnt MSC CD (lahir 29 Ogos 1959) ialah seorang jurutera, penerbang pesawat juang dan angkasawan Kanada.
Colonel Chris Hadfield OC OOnt MSC CD | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Chris Austin Hadfield (1959-08-29) 29 Ogos 1959 (umur 64) Sarnia, Ontario, Kanada |
Status | Bersara |
Warganegara | Kanada |
Pusat pendidikan | Royal Roads Military College Maktab Tentera Diraja Canada Universiti Waterloo |
Pekerjaan | Penerbang uji Pemuzik |
Anugerah | Order of Canada (2014) Diamond Jubilee Medal (2012) NASA Exceptional Service Medal (2002) Golden Jubilee Medal (2002) Vanier Award (2001) Order of Ontario (1996) |
Kerjaya angkasa | |
Angkasawan CSA | |
Pangkat | Commander, CSA & NASA Colonel, RCAF fighter pilot (retired) |
Tempoh di angkasa | 166 hari |
Pemilihan | 1992 CSA Group |
Jumlah EVA | 2 |
Jumlah masa EVA | 14 jam 53 minites dan 38 saat |
Misi | STS-74, STS-100, Soyuz TMA-07M (Expedition 34/35) |
Lambang misi | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bersara | 3 Julai 2013 |
Laman web rasmi | chrishadfield |
Beberapa lama selepas menganggotai Tentera Udara Diraja Kanada, beliau memasuki misi STS-74 pada November 1995. Beliau menjalani pemanduan bolak-balik angkasa sebanyak 2 kali sepanjang misinya di angkasa selain melawat Stesen Angkasa Mir. Beliau ditugaskan sebagai komander Stesen Angkasa Antarabangsa dalam Ekspedisi 35 pada Mac 2013. Beliau bertanggungjawab terhadap penjalanan uji kaji terhadap kesan graviti rendah terhadap tubuh badan manusia. Pada masa yang sama juga, beliau turut mendokumentasikan kegiatan dan pekerjaan sehariannya di angkasa dalam media sosial mendekatkan pengetahuan mengenai kajian angkasa kepada orang ramai seluruh dunia..
Beliau bersara tidak lama setelah menamatkan jawatannya sebagai pengurus SAA serta melakukan pendaratan kembali ke Bumi pada 2013.[1]