Chiyoda, Tokyo
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Chiyoda (千代田区, Chiyoda-ku) ialah salah satu daripada wad khas di pusat Tokyo, Jepun. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai "Chiyoda City". Sehingga Oktober 2007, wad ini mempunyai anggaran penduduk sebanyak 45,543 orang dengan kepadatan penduduk sebanyak 3,912 orang per km². Luas kawasan Chiyoda ialah 11.64 km², termasuk Istana Maharaja yang mengambil 12% luas tersebut.
Chiyoda
千代田 | |
---|---|
Chiyoda City (Bandar Chiyoda) | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Kantō |
Wilayah | Tokyo |
Keluasan | |
• Jumlah | 11.66 km2 (4.50 batu persegi) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 54,462 |
• Kepadatan | 4,670/km2 (12,100/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
Alamat | 1-2-1 Kudanminami, Chiyoda, Tokyo 102-8688 |
Laman sesawang | www |
Chiyoda terdiri daripada Istana dalam radius sekitar kira-kira 1 kilometer. Secara harafiah, namanya bermaksud "bidang seribu generasi" dari Istana Chiyoda (nama lain bagi Istana Edo). Banyak institusi-institusi kerajaan, seperti Diet Jepun, kediaman Perdana Menteri Jepun dan Mahkamah Agung Jepun terletak di Chiyoda. Mercu tanda Tokyo seperti Kuil Yasukuni, Stesen Tokyo dan Budokan terletak di sini dan lima belas kedutaan terletak di Chiyoda.
Wad Chiyoda telah dibina pada 15 Mac 1947 oleh penyatuan wad Kanda (sudut timur laut hari ini Chiyoda barat, Akihabara) dan wad Kōjimachi. Ia telah menjadi lokasi beberapa peristiwa sejarah seperti berikut:
Chiyoda terletak di tengah-tengah bekas Tokyo City di timur tanah besar Tokyo. Di sinilah letaknya Istana Maharaja Tokyo (Imperial Palace). Sebelah timur bersempadan dengan Chuo, lokasi Stesen Tokyo. Sebelah selatan ialah Minato, merangkumi Taman Hibiya dan Bangunan Diet Kebangsaan.
Chiyoda ditadbir oleh dewan bandar seramai 25 ahli yang dipilih. Datuk Bandar Chiyoda semasa adalah Masami Ishikawa yang merupakan wakil bebas.
Bagi Perhimpunan Metropolitan, Chiyoda membentuk sebuah daerah pilihan raya tunggal. Ia diwakili oleh Demokrat Liberal selama 50 tahun sehingga pilihan raya Jepun 2009.
Bagi Dewan Rakyat Jepun, Chiyoda, bersama-sama dengan Minato dan Shinjuku, membentuk wilayah, daerah 1 pemilih sejak reformasi pemilih tahun 1990-an. Daerah sedang diwakili oleh Demokrat Banri Kaieda.
Wad ini juga adalah tempat untuk Diet Jepun, Mahkamah Agung Jepun dan kediaman Perdana Menteri Jepun dan merupakan pusat saraf politik Jepun.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Chiyoda, Tokyo. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.