Chibi (istilah)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Chibi (ちびcode: ja is deprecated , boleh juga ditulis sebagai 禿びcode: ja is deprecated [1]) merupakan perkataan bahasa Jepun yang bermaksud "orang pendek" atau "kanak-kanak kecil." Perkataan ini telah menjadi terkenal di kalangan peminat anime dan manga. Maksudnya boleh ditujukan kepada seseorang atau seekor haiwan yang kecil. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai "kecil," namun tidak digunakan dalam cara yang sama dengan chiisana (kenit, kecil dalam bahasa Jepun). Contoh prototaip kepada penggunaan sebelumnya dalam bahasa Jepun asal yang telah menarik perhatian peminat-peminat Barat ialah Chibiusa, iaitu sejenis nama haiwan kesayangan untuk anak perempuan kepada Sailor Moon yang dirangka daripada Chibi Usagi ("Usagi Kecil").[2]
- Super deformed digabungkan disini. Untuk istilah fizik, sila lihat Superdeformation.
Dalam fandom anime bahasa Inggeris (otaku), super deformed (singkatannya SD) adalah istilah chibi yang selalunya digunakan.