From Wikipedia, the free encyclopedia
Chiba Lotte Marines (千葉ロッテマリーンズ , Chiba Rotte Marīnzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Chiba. Pasukan ini telah dimiliki oleh Lotte Holdings Co., Ltd. Pasukan Marines merupakan anggota pengasas Liga Pasifik pada 1950 ketika menggunakan nama Mainichi Orions. Sejak tahun 1992, gelanggang pasukan ini ialah ZOZO Marine Stadium yang terletak di Mihama Chiba yang memuatkan 30,118 orang.
Chiba Lotte Marines | |||||
---|---|---|---|---|---|
千葉ロッテマリーンズ | |||||
| |||||
Maklumat | |||||
Liga | Nippon Professional Baseball
| ||||
Lokasi | Mihama-ku, Chiba, Chiba, Jepun | ||||
Stadium | ZOZO Marine Stadium | ||||
Tahun penubuhan | 26 November 1949 | ||||
Nama gelaran | Kamome (鴎, camar) | ||||
Pennant PL | 5 (1950, 1960, 1970, 1974, 2005) | ||||
Kejuaraan Japan Series | 4 (1950, 1974, 2005, 2010) | ||||
Nama lama |
| ||||
Stadium lama |
| ||||
Warna | Hitam, putih | ||||
Maskot | Mar-kun, Rine-chan, dan Zu-chan | ||||
Kemunculan playoff |
| ||||
Nombor tidak digunakan |
| ||||
Pemilikan | Katsumi Kawai | ||||
Pengurusan | Lotte Holdings | ||||
Pengurus | Masato Yoshii | ||||
Seragam | |||||
Nama "Marines" berasal daripada nama stadium mereka beraksi yang secara rasminya dikenali sebagai Stadium Marine Chiba kerana stadium itu terletak di atas air.
Pasukan ini mula diasaskan pada 1950 sebagai Mainichi Orions. Kemudian pada 1958, mereka bertukar nama kepada Daimai Orions, Tokyo Orions pula pada tahun 1964, beralih kepada Lotte Orions pada 1969 dan akhirnya mengguna pakai nama Chiba Lotte Marines sejak 1992. Pasukan ini telah dinobatkan sebagai juara Liga Pasifik sebanyak enam kali (1950, 1960, 1970, 1974, 2005 dan 2010). Pada masa yang sama, mereka turut meraih empat kejuaraan Japan Series iaitu pada tahun 1950, 1974, 2005 dan 2010.
Sehingga tahun 2022, rekod pasukan ini sepanjang zaman ialah 4,733-4,701-394 (.501).[1]
Templat:Retired number list
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.