From Wikipedia, the free encyclopedia
Chew Sir Boon (Cina ringkas: 周世抆 , Lahir 20 Januari 1991) merupakan ahli Politik Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dari 16 November 2018 hingga 22 Oktober 2023 yang dilantik oleh Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong. Beliau kini juga pernah dilantik Naib Pengerusi Barisan Nasional Negeri Terengganu dan Ahli Majlis Presiden MCA serta Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. Di peringkat bahagian, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian MCA Kuala Terengganu[1].
Chew Sir Boon | |
---|---|
周世抆 | |
Pengerusi MCA Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 16 November 2018 - 22 Oktober 2023 | |
Presiden | Wee Ka Siong |
Didahului oleh | Toh Chin Yaw |
Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan | |
Dalam jawatan 26 Julai 2015 – 11 Ogos 2019 | |
Digantikan oleh | Alex Ng Jun Fai |
Presiden EMCO Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Januari 2017 – 31 Disember 2017 | |
Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia | |
Dalam jawatan 26 Julai 2015 – 11 Ogos 2019 | |
Ketua MCA Bahagian Kuala Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Presiden | Wee Ka Siong |
Pengerusi Negeri | Sendiri |
Didahului oleh | Toh Chin Yaw |
Penasihat MCA Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 10 November 2023 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Terengganu, Terengganu. | 20 Januari 1991
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional Persatuan Cina Malaysia |
Kediaman | Kuala Ternegganu, Terengganu |
Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Chung Hwa Wei Sin dan SMK Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pengajian tinggi dan memiliki Diploma Pengurusan di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland.
Sebelum bergiat di dalam politik, beliau aktif di dalam pertubuhan belia. Pada tahun 2011, Beliau pernah menjadi Naib Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan dan Pengerusi Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Negeri Terengganu pada usia semuda 20 tahun. Pada Tahun 2015, beliau dipilih sebagai Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Kebangsaan. Beliau mencatat sejarah sebagai pemimpin termuda yang menjawat jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Belia dalam sejarah Malaysia semejak kemerdeka.
Beliau pernah merupakan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia. Beliau pernah mewakili Malaysia ke Korea untuk menyertai Program Pertukaran Belia Asia.
Pada tahun 2017, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Lapan Gabungan Pertubuhan Belia (EMCO) yang terdiri daripada Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Persatuan Graduan Muda Malaysia (GRADUAN), Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM), Persatuan Pemuda Kristian, JCI Kuala Lumpur Mandarin (JCIKLM).
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Biro Remaja MCA negeri Terengganu pada tahun 2009 sehingga 2014. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Organisasi MCA Negeri Terengganu. Pada pilihan parti MCA 2018, beliau memenangi jawatan ketua bahagian Kuala Terengganu. Pada 16 November 2018, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong melantik beliau ketika berumur 27 tahun sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu parti Persatuan Cina Malaysia (MCA)dan sekali gus merupakan Pengerusi Negeri Parti Politik yang termuda di dalam sejarah selepas kemerdekaan tahun 1957.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.