Cheteria
golongan pembesar diraja Brunei / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan kesateria.
Cheteria merupakan salah satu golongan pembesar diraja Brunei, yang mana kedudukannya adalah di bawah Wazir dan di atas Manteri. Cheteria mempunyai tingkatan kedudukan berdasarkan sistem Empat Lipatan iaitu sehingga lipatan tiga puluh dua. Setiap orang yang diberi kedudukan dalam Cheteria juga diberi gelaran tertentu serta dirujuk dengan rujukan kehormat "Yang Amat Mulia". Gelaran Cheteria hanya diberikan kepada orang-orang yang berketurunan Pengiran, terutama sekali Pengiran Peranakan.[1] Pengurniaan gelaran diadakan dalam suatu upacara dan ianya dipanggil "mengangkat".[2]