![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Chen_Kun_2007.jpg/640px-Chen_Kun_2007.jpg&w=640&q=50)
Chen Kun
Chinese actor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kun Chen (dilahirkan pada 4 Februari 1976 di Chongqing, Sichuan, China sebagai Chen Kun, kadang-kala dipanggil sebagai Aloys Chen) ialah seorang pelakon dan penyanyi China. Dia memenangi Anugerah Ratusan Bunga bagi kategori Pelakon Terbaik, Anugerah Huabiao bagi kategori Pelakon Terbaik, dan mendapat satu pencalonan bagi kategori Pelakon Terbaik untuk Anugerah Kuda Keemasan.
Chen Kun | |
---|---|
![]() Chen di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2007. | |
Nama Cina | 陳坤code: zh is deprecated (Tradisional) |
Nama Cina | 陈坤code: zh is deprecated (Ringkas) |
Pinyin | Chén Kūn (Mandarin) |
Jyutping | Can4 Kwan1 (Kantonis) |
Lahir | (1976-02-04) 4 Februari 1976 (umur 48) Chongqing, China |
Nama lain | Aloys Chen |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Jenis muzik | Mandopop |
Jenis suara | Baritone |
Tahun aktif | 1999–kini |
Anak | seorang anak lelaki |
Chen memperoleh pengiktirafan hasil drama tv 2001 Love in Shanghai dan filem 2002 Balzac and the Little Chinese Seamstress. Dia melonjak kepada kemasyhuran antarabangsa hasil filem 2006 The Knot dan filem fantasi 2008 Painted Skin yang juga mengumpulkan baginya Anugerah Ratusan Bunga bagi Pelakon Terbaik.
Dia menggesa pengikutnya agar memboikot semua barangan dan pelancongan berkait dengan Malaysia[1] berikutan dengan dakwaan pihak tertentu yang membuat dakwaan di media antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan fakta mengenai kehilangan MH370. [2], [3]. Ini disebalik usaha Malaysia ke atas pencarian MH370 yang dijangka menelan belanja melebihi RM130.9m.[4] Sektor pelancongan Malaysia menggajikan 14 peratus peluang pekerjaan pada tahun 2012, menurut Majlis Pelancongan dan Pengembaraan Dunia.[5]