Charles V, Maharaja Suci Rom
From Wikipedia, the free encyclopedia
Charles V (24 Februari 1500 - 21 September 1558) ialah:
- Raja Belanda Burgundy (1506-1555)
- Raja Sepanyol (1516-1556)
- Raja Naples dan Sicily (1516-1554)
- Archduke Austria (1519-1521)
- raja orang Rom (atau raja Jerman), (1519-1556, tetapi tidak turun takhta secara rasmi sehingga tahun 1558)
- Maharaja Suci Rom (1530-1556, tetapi tidak turun takhta secara rasmi sehingga tahun 1558).
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Charles V, Holy Roman Emperor (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Untuk Raja Carlos V, penuntut Carlisme, sila lihat Infante Carlos, Count Molina.
Charles V چارلس ک-7code: ms is deprecated | |
---|---|
Maharaja Suci Rom; Raja Sepanyol, Napoli, Sicilia, dan lain-lain | |
Pemerintahan | Raja Sepanyol Maharaja Suci Rom Raja Naples Raja Belanda Count Flanders Duke Brabant Duke Milan Duke Luxembourg Duke Burgundy |
Pertabalan | 1516 |
Pendahulu | Joanna dari Castile (Castile) Ferdinand II (Aragon & Naples) Maximilian I (Empayar Suci Rom) Philip dari Burgundy (Belanda) |
Pengganti | Felipe II dari Sepanyol (Sepanyol, Naples & Belanda) Ferdinand I (Empayar Suci Rom) |
Pasangan | Isabella dari Portugal |
Anakanda | Felipe II dari Sepanyol Maria dari Sepanyol Juan dari Sepanyol |
Kerabat diraja | Kerabat Habsburg |
Ayahanda | Felipe dari Burgundy |
Bonda | Joanna dari Castile |
Walaupun baginda sering dirujuk sebagai Carlos V atau Charles Quint di Sepanyol, baginda memerintah secara rasmi sebagai Carlos I, Charles I dari Sepanyol.
Charles V ialah putera kepada Philip si Tampan dan Joanna si Gila dari Castile. Datuk nenek sebelah ibunya Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile yang perkahwinan mereka telah menyatukan wilayah-wilayah yang kini merupakan Sepanyol moden. Datuk nenek sebelah bapanya Maharaja Maximilian I dan Mary dari Burgundy. Mak saudaranya Catherine dari Aragon, Ratu England serta juga isteri pertama kepada Henry VIII, manakala sepupunya ialah Mary I dari England yang berkahwin dengan Philip, putera Charles sendiri.
Pemerintahan Charles V memperkenalkan gelaran-gelaran His Majesty dan His Imperial Majesty yang merupakan penggunaan tercatat yang pertama. Disebabkan oleh wilayah-wilayahnya yang meluas, baginda telah diperihalkan sebagai pemerintah untuk sebuah empayar "yang matahari tidak pernah benam".