From Wikipedia, the free encyclopedia
Maximilian I (22 Mac 1459 – 12 Januari 1519), merupakan seorang Maharaja Suci Rom selain daripada menjadi Raja Jerman dari tahun 1508 sehingga kemangkatan beliau pada tahun 1519. Beliau merupakan anak kepada Frederick III, Maharaja Suci Rom dan Eleanor. Beliau telah memerintah bersama bapanya selama sepuluh tahun terakhir pemerintahan bapanya, dari c. 1483. Beliau meluaskan pengaruh Habsburg melalui peperangan dan perkahwinan pada tahun 1477 tetapi beliau juga kehilangan wilayah Austria di Switzerland pada hari ini kepada Konfederasi Switzerland dalam Pertempuran Dornach pada tahun 1499.
Maximilian I | |
---|---|
Maharaja Suci Rom; Raja Jerman | |
Pemerintahan | 16 Februari 1486 – 12 Januari 1519 |
Kemahkotaan | 9 April 1486 |
Didahului oleh | Frederick III |
Diikuti oleh | Charles V |
Pemerintah Austria, | |
Pemerintahan | 19 Ogos 1493 – 12 Januari 1519 |
Didahului oleh | Frederick III |
Diikuti oleh | Charles V |
Duke Burgundy | |
Pemerintahan | 5 Januari 1477 – 27 Mac 1482 |
Didahului oleh | Mary I |
Diikuti oleh | Philip IV |
Pemakaman | Wiener Neustadt, Austria |
Pasangan |
|
Anakanda |
|
Kerabat | Kerabat Habsburg |
Ayahanda | Frederick III |
Bonda | Eleanorl |
Agama | Gereja Roman Katolik |
Melalui perkahwinan anaknya Philip I dan Joanna dari Castile pada 1498, Maximilian akhirnya menubuhkan Sepanyol Habsburg yang membenarkan cucunya, Charles V untuk memegang takhta León-Castile dan Aragon menjadikan Charles V menjadi Raja Sepanyol. Sejak bapanya Philip II meninggal dunia pada 1506, Charles menggantikan Maximilian sebagai Maharaja Suci Rom pada tahun 1519, dan pada ketika itu, beliau menggabungkanEmpayar Suci Rom dan Empayar Sepanyol pada masa yang sama.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.