Raja England, Ireland dan Scotland From Wikipedia, the free encyclopedia
Charles II (29 Mei 1630 – 6 Februari 1685) merupakan raja bagi England, Scotland, dan Ireland.
Charles II | |
---|---|
Pemerintahan | 30 Januari 1649 – 3 September 1651[1] |
Pertabalan | 1 Januari 1651 |
Dimakamkan | Westminster Abbey |
Pendahulu | Charles I |
Pengganti | "Perjanji" |
Pasangan | Catherine dari Braganza |
Anakanda | James Scott Charles FitzCharles Charles FitzRoy Charlotte Lee Henry FitzRoy George FitzRoy Charles Beauclerk Charles Lennox |
Ayahanda | Charles I |
Bonda | Henrietta Maria |
Ayah Charles II iaitu King Charles I telah dibunuh di Whitehall pada 30 Januari 1649, semasa kemuncak Perang Saudara England. Parlimen England tidak menabalkan Charles II sebagai raja pada waktu ini. Sebaliknya, mereka meluluskan undang-undang menjadikan pertabalan ini tidak sah. England terjebak di dalam tempoh yang dikenali sejarah sebagai Tempoh Peralihan England atau Komanwel England dan menjadikan negara ini sebagai sebuah republik de facto dengan diketuai oleh Oliver Cromwell. Scotland, bagaimanapun sebagai sebuah kerajaan yang berasingan melalui Parlimen Scotland telah mengistiharkan Charles II sebagai Raja Scotland pada 5 Februari 1649 di Edinburgh. Beliau telah ditabalkan sebagai Raja Scotland di Scone pada 1 Januari 1651. Berikutan kekalahan beliau kepada Cromwell di dalam Pertempuran Worcester pada 3 September 1651, Charles telah melarikan diri ke tanah besar Eropah dan menghabiskan sembilan tahun berikutnya dalam buangan di Perancis, Wilayah-wilayah Bersatu dan Belanda Sepanyol.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.