jeneral polis Thailand From Wikipedia, the free encyclopedia
Chakthip Chaijinda (Bahasa Thai: จักรทิพย์ ชัยจินดา, lahir 19 Oktober 1959) adalah Ketua Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand setakat 2020.[2]
Jeneral Polis Chakthip Chaijinda จักรทิพย์ ชัยจินดา | |
---|---|
Ketua Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand | |
Memegang jawatan 1 Oktober 2015 | |
Didahului oleh | Somyot Poompanmoung |
Butiran peribadi | |
Lahir | Chonburi, Thailand | 19 Oktober 1959
Pasangan | Busba Chaijinda |
Anak-anak | Kapten Polis Chanant Chaijinda[1] |
Alma mater | Kolej Vajiravudh Akademi Kadet Polis Diraja Akademi FBI |
Profesion | Pegawai polis |
Nilai bersih | 865 juta baht (2014) |
Tandatangan |
Chakthip lulus dari Kolej Vajiravudh, Akademi Kadet Polis Diraja dan kursus penyiasatan tambahan dalam penyelidikan pasca letupan antarabangsa di International Law Enforcement Academy of Bangkok (ATF-ILEA), dan kemudian mengikuti kursus di Akademi FBI di Quantico, Virginia. Beliau lulus kursus Counter Assault Team dari Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat.[3][4] Beliau mengikuti kursus anti-keganasan di Unit Counter-Terrorism Naresuan 261 dan Arintharat 26.[5]
Selepas rampasan kuasa tentera pada 22 Mei 2014, Chakthip dilantik ke Dewan Undangan Negara (NLA).[6]
Jawatankuasa Dasar Polis Kebangsaan, pada 14 Ogos 2015, menaikkan pangkat Chakthip menjadi Ketua Pesuruhjaya ke-11 Polis Diraja Thailand, menggantikan Jeneral Pol. Somyot Poompanmoung yang bersara pada 30 September 2015.[7]
Dalam penembakan Nakhon Ratchasima Februari 2020, Chakthip mengetuai pasukan SWAT.[8][9][10]
Chaktip, bersama pasangannya, mengisytiharkan aset sebanyak 865 juta baht dalam perisytiharan asetnya pada 2014.[11]
Chakthip akan bersara pada 30 September 2020, menjadikannya salah seorang Ketua Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand yang paling lama berkhidmat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.