From Wikipedia, the free encyclopedia
Cepheus (Cep) ialah sebuah buruj di langit utara. Buruj ini dinamai sempena Cepheus, Raja Habsyah dalam mitologi Yunani. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Bintang tercerahnya ialah Alpha Cephei dengan magnitud ketara sebanyak 3.5. Delta Cephei ialah prototaip bagi kelas bintang yang penting yang dikenali sebagai bintang Cepheid berubah. RW Cephei, sebuah raksasa jingga, bersama dengan raksasa-raksasa super merah Mu Cephei, VV Cephei, dan V354 Cephei merupakan antara bintang terbesar yang diketahui. Sebagai tambahan, Cepheus juga mempunyai kuasar hiperberkilau, S5 0014+81, memegang sebuah lohong hitam ultramasif dalam terasnya pada 40 bilion jisim suria, sekitar 10,000 kali lebih masif daripada lohong hitam pusat Bimasakti, menjadikannya sebagai lohong hitam paling masif yang diketahui di alam semesta.
Cepheus | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Cepheus |
Singkatan | Cep |
Genitif | Cephei |
Sebutan | /sefeus/; genitif /sefe.i/ |
Simbolisme | Raja/Raja Cepheus |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
20j 01m 56.4481s–09j 03m 19.7931s[1] | |
Keserongan | 88.6638870°–53.3532715°[1] |
Keluarga | Perseus |
Keluasan | 588 darjah persegi (ke-27) |
Bintang | |
Bintang utama | 7 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 43 |
Bintang dengan planet | 1 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 1 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 3 |
Bintang paling terang | α Cep (Alderamin) (2.45m) |
Bintang terhampir | Kruger 60 (13.15 tc, 4.03 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | Tiada |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −10°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November. | |
sunting |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.