Cash Farhan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhamad Asyrol Farhan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cash Farhan (lahir pada 4 Januari 1996) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Cash Farhan mula berjinak di dalam bidang muzik ketika beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Yonsei, Korea Selatan pada 2016.
Fakta Segera Nama lahir, Kelahiran ...
Cash Farhan | |
---|---|
Nama lahir | Muhamad Asyrol Farhan bin Ahmad |
Kelahiran | (1996-01-04) 4 Januari 1996 (umur 28) Terengganu, Malaysia |
Kediaman | Selangor, Malaysia |
Genre | Balada |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lirik, komposer |
Penampilan sulung | melalui karya Trust |
Tahun aktif | 2019–kini |
Syarikat rakaman | Big Shot Entertainment (2019-kini) |
Pengkarya berkait |
Tutup
Menarik tentang Cash Farhan, selain menyanyi beliau juga mahir bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan juga Bahasa Mandarin. Selepas pulang ke tanah air beliau menyambung pembelajarannya dalam bidang muzik di Academy Of Recording Arts.[1] Beliau merupakan peminat kelab bola sepak Chelsea.