Serigala timur (Canis lycaon), juga dikenali sebagai serigala Tasik-tasik Besar, serigala balak timur, serigala Algonquin atau serigala rusa[2] ialah sejenis canid yang asli di bahagian timur laut rantau Tasik-tasik Besar Amerika Utara.[3] Ia merupakan spesies bersaiz sederhan yang, seperti serigala merah, berwarna kemerah-merahan-perang dan bersaiz antara koyote dengan serigala kelabu. Ia terutamanya memangsakan rusa berekor putih, tetapi kadang-kadang boleh menyerang moose dan beaver.[4][5]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Serigala timur
Thumb
Pameran taksidermi seekor serigala timur yang dibunuh pada 10 Februari 1907 di Kaunti Washtenaw, Michigan, Amerika Syarikat.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. lycaon
Nama binomial
Canis lycaon
Schreber, 1775
Thumb
Modern range of North American Canis
Sinonim

Canis lupus lycaon

  • canadensis (de Blainville, 1843)
  • ungavensis (Comeau, 1940)[1]
Tutup

Identiti taksonomi serigala timur telah menjadi subjek kontroversi, dengan beberapa teori berlainan dibentangkan mengenai asal usulnya, termasuk bahawa ia merupakan satu subspesies serigala kelabu,[1] bahawa ia konspesifik dengan serigala merah,[6][7] bahawa ia merupakan hasil daripada pengacukan serigala kelabu-koyote,[8] dan bahawa ia merupakan satu spesies unik.[6][9] Setakat 2005,[1] serigala timur masih diakui sebagai satu subspesies serigala kelabu oleh MSW3, tetapi dikelaskan sebagai spesies tersendiri oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat pada 2013 selepas ulasan menyeluruh bagi beberapa kajian genetik. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa serigala timur berubah ansur di Amerika Utara, tidak seperti serigala kelabu yang berasal dari Eurasia, dan mencapah daripada leluhur sepunya dengan koyote dan serigala merah pada 150,000–300,000 tahun lalu.[9]

Ia setakat ini disenaraikan sebagai Kebimbangan Khas di bawah Jawatankuasa Kanada tentang Status Hidupan Liar Terancam (COSEWIC) dan dengan Jawatankuasa tentang Status Spesies Berisiko di Ontario (COSSARO), oleh sebab pengacukan meluasnya dengan kedua-dua serigala kelabu dan koyote. Serigala timur terutamanya terdedah kepada pengacukan, kerana hubungan dekatnya dengan koyote dan kebolehannya untuk menjambatani aliran gen antara kedua-dua koyote dengan serigala kelabu. Selanjutnya, penindasan manusia selama jangka 400 tahun menyebabkan penurunan populasi yang mengurangkan bilangan pasangan sesuai, lalu membantu pemayaan gen koyote ke dalam populasi serigala timur. Di samping mengancam spesies unik, kacukan serigala-koyote timur yang terhasil adalah terlalu kecil untuk menggantikan serigala timur tulen sebagai pemangsa puncak bagi moose dan rusa. Nukleus utama serigala timur tulen pada masa ini tertumpu di dalam Taman Negara Algonquin.[10]

Bacaan lanjut

  • Pimlott, D. H., Shannon, J. A. & Kolenosky, G. B. (1969). "The ecology of the timber wolf in Algonquin Provincial Park, Ontario", Laporan Penyelidikan (Hidupan Liar), bil. 87. Ontario, Jabatan Tanah dan Hutan, Toronto, Ontario
  • Rutledge, L., The Eastern Wolf: What we do and do not know...[pautan mati kekal], Wolf Steward (April 2010)
  • Theberge, J. & Theberge, M. (2013). Wolf Country: Eleven Years Tracking the Algonquin Wolves, Random House LLC

Lihat juga

Nota

    Rujukan

    Pautan luar

    Wikiwand in your browser!

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

    Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.