![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f0/Borobudur_scenery_1.jpg/640px-Borobudur_scenery_1.jpg&w=640&q=50)
Candi
Istilah bahasa Indonesia untuk bangunan kuno tempat sembahyang penganut ugama Hindu dan Buddha, istilah lazim yang digunakan di Malaysia ialah kuil / From Wikipedia, the free encyclopedia
Candi (Jawi: چنديcode: ms is deprecated ) adalah istilah di Nusantara terutamanya dalam Bahasa Jawa yang merujuk kepada sebuah tempat yang terbuat daripada batu yang lazimnya mempunyai kegunaan sebagai tempat sembahyang untuk penganut agama Hindu dan Buddha[1] Candi juga boleh menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha di sesuatu tempat. Hal ini dapat diperlihat melalui karya ukiran atau arca yang terdapat pada dinding candi. Candi juga merujuk kepada monumen-monumen agama Hindu-Buddha yang telah wujud sebelum kedatangan agama Islam di Nusantara.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f0/Borobudur_scenery_1.jpg/320px-Borobudur_scenery_1.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/66/Yogyakarta_Indonesia_Prambanan-temple-complex-02.jpg/640px-Yogyakarta_Indonesia_Prambanan-temple-complex-02.jpg)
Di Malaysia, kuil tertua yang dipercayai ialah Lembah Bujang, Kedah, utara Malaysia Barat. Beberapa artifak telah ditemui dalam beberapa aktiviti arkeologi dan kini disimpan dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.