CGTN Sepanyol
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
CGTN Sepanyol (dahulunya CCTV Antarabangsa Sepanyol atau CCTV-Español dan CCTV-E) ialah sebuah saluran hiburan dan berita berbahasa Sepanyol dimiliki oleh Televisyen Pusat China (CCTV) yang berasal dari China, dan merupakan sebahagian daripada Kementerian Penerangan Kerajaan China.
Saluran ini menumpukan penonton antarabangsa. Semua program dialih suara ke dalam bahasa Sepanyol atau mempunyai sari kata dalam bahasa Sepanyol. Terdapat juga program berita yang menampilkan wartawan berbahasa Sepanyol. Program-program ini memberikan liputan berita Cina dan antarabangsa.
Sebilangan besar program di CCTV-E bertempon 30 minit. Mereka menampilkan pelbagai jenis kandungan, termasuk program berita, program pendidikan, dan drama Cina.
Terdapat juga program yang menawarkan nasihat pelancongan dan mempamerkan artis baru Cina.
CCTV-E dilancarkan pada 1 Oktober 2007. Ia menggantikan saluran CCTV E & F berbahasa Sepanyol / Perancis yang dilancarkan pada 1 Oktober 2004.
Pada tahun 2016 CCTV-E bekerjasama dengan TeleSUR untuk menghasilkan program budaya bernama Prisma.[1]
(Noticiario)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.