From Wikipedia, the free encyclopedia
Clive Staples Lewis (29 November 1898 – 22 November 1963) ialah seorang agamawan dan penulis dari Britain.
C. S. Lewis | |
---|---|
Lahir | Clive Staples Lewis 29 November 1898 Belfast, Ireland |
Meninggal dunia | 22 November 1963 64) Oxford, England | (umur
Nama pena | Clive Hamilton, N. W. Clerk |
Pekerjaan | Novelis, cendekiawan, penyiar |
Alma mater | University College, Oxford |
Genre | keagamaan Kristian, fantasi, cereka sains |
Karya terkenal | The Chronicles of Narnia Mere Christianity The Allegory of Love The Screwtape Letters The Space Trilogy Till We Have Faces Surprised by Joy: The Shape of My Early Life |
Pasangan | Joy Davidman (k. 1956; m. 1960) |
Anak | 2 step-sons; including Douglas Gresham |
Saudara | Brother, Warren Lewis |
Beliau pernah menduduki kerusi akademi dalam bidang kesusasteraan bahasa Inggeris di Universiti-Universiti Oxford (Magdalen College, 1925–1954) dan Cambridge (Magdalene College, 1954–1963); beliau sendiri merupakan rakan sekerja novelis terkenal J. R. R. Tolkien ketika di Oxford.[1] Beliau menulis sebanyak lebih 30 buah buku[2] bukan sahaja dalam bidang cereka - terutamanya The Chronicles of Narnia - tetapi juga buku berkaitan ilmu keagamaan.
Ayahnya Albert James Lewis (1863–1929) seorang peguam cara bangsa Wales manakala ibunya Florence Augusta Lewis Hamilton (1862–1908) datang daripada keturunan paderi - ayah Florence sendiri paderi mazhab Gereja Ireland manakala kedua-dua datuknya berpangkat uskup. Clive ada seorang abang sulug bernama Warren "Warnie" Hamilton Lewis.[3][4]
Clive diajarkan pengajar peribadi sehingga ibunya meninggal akibat menghidap kanser ketika dia berusia 9 tahun. Ayahnya menghantarkannya ke sekolah asrama Wynyard School di Watford, Hertfordshire sepertimana abangnya, namun sekolah tersebut ditutup tidak lama kemudian kerana kekurangan pelajar - guru besar sekolah itu sendiri terpaksa dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Clive meneruskan persekolahannya di Campbell College sebatu jauh timur Belfast namun terpaksa berhenti kerana ada masalah kesihatan. Beliau berpindah ke sebuah sekolah persediaan Cherbourg House atau "Chartres" di Malvern; di sanalah beliau lama kelamaan mengabaikan kepercayaan agamanya dan lebih tertarik kepada bidang berkaitan mitologi dan kultus.[5][6]
Beliau sangat minat akan mitologi-mitologi orang Norse, Yunani dan Ireland; beliau ada juga menaruh minat terhadap bahasa Ireland meskipun tiada bukti ada kecenderungan sendiri belajar bahasa tersebut.[7][8] Beliau menyanjungi penulisan William Butler Yeats yang menerapkan budaya Celt dalam karyanya,[9] malah pernah berjumpa dengan Yeats beberapa kali ketika Yeats berpindah ke Oxford.
Di Oxfordlah dia bertemu J. R. R. Tolkien; mereka sering berbincang dan bertelingkah mengenai ilmu keagamaan, dan Lewis asalnya menolak kuat ajakan Tolkien seakan "mahu mencari jalan melarikan diri".[10] Beliau turtu mendapat ilham hasil karya-karya nukilan George MacDonald dan G. K. Chesterton. Lewis akhirnya memeluk agama Kristian semula pada tahun 1931 tidak lama selepas itu, di mana beliau menganggotai mazhab Church of England – hal ini tidak begitu menyenangkan Tolkien yang lebih mahukannya bermazhab Katolik.[11][halaman diperlukan]Templat:Incomplete short citation
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.