Burung camar kecil
spesies burung / From Wikipedia, the free encyclopedia
Burung camar kecil (nama sains: Sterna albifrons[2]) adalah burung laut dalam keluarga Sternula genus Laridae. Burung ini pernah diletakkan dalam genus Sterna yang kini dihadkan kepada burung camar putih besar.[3] Dahulunya, subspesies S. a. antillarum yang ditemui di Amerika Utara dan S. a. saundersi yang ditemui di Laut Merah sekarang dianggap sebagai spesies berlainan, Least Tern (Sternula antillarum) dan camar Saunders (Sternula saundersi).
Burung camar kecil | |
---|---|
![]() | |
Seekor burung camar kecil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Sternula |
Spesies: | S. albifrons |
Nama binomial | |
Sternula albifrons Pallas, 1764 | |
![]() | |
Taburan S. albifrons (dikumpulkan: BirdLife International dan Handbook of the Birds of the World (2019) 2019) Membiak Hinggap Laluan Tidak membiak | |
Sinonim | |
|
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d0/Sternula_albifrons_albifrons_MHNT.ZOO.2010.11.138.3.jpg/640px-Sternula_albifrons_albifrons_MHNT.ZOO.2010.11.138.3.jpg)
Ia mempunyai bulu di kepala yang putih dengan sedikit tompok hitam di atas kepalanya. Di belakang dan di sayapnya bewarna kelabu pucat. Mempunyai tubuh sepanjang 10 inci. Ia sering menyusur sungai dan bertelur di tebing pasir. Sarang burung Camar Kecil terletak di atas tanah dan mempunyai telur bewarna cokelat kehijauan serta berbintik-bintik besar bewarna cokelat dan ungu pucat, bersaiz sekitar 1.3 hingga 0.9 inci.
Burung Camar Kecil membiak di persisiran dan muara kawasan serdahana dan tropika Europah dan Asia. Ia adalah burung berhijrah yang kuat, menghabiskan musim sejuk di lautan subtropika dan tropika sejauh Afrika Selatan dan Australia.
Burung Camar Kecil membiak secara berkelompok di atas anak batu atau pantai berbatu (shingle) atau pulau. Ia menghasilkan dua hinggaempat biji telur di atas tanah. Sebagaimana kesemua camar putih, ia akan mempertahankan sarang dan anaknya dan akan menyerang penceroboh.
Sebagaimana kebanyakan camar putih lain, burung Camar Kecil mencari makan dengan menjunam menyelam bagi menangkap ikan, biasanya dalam laut masin. Pemberian ikan oleh burung jantan kepada burung betina merupakan sebahagian paparan mengawan.
Ia adalah camar yang kecil, sepanjang 21–25 cm dengan panjang sayap 41–47 cm. Ia tidak mungkin dikelirukan dengan spesies lain disebabkan saiz dan bulu dahi putih semasa musim mengawan. Ia mempunyai paruh nipis yang tajam bewarna kuning dengan warna hitam di hujung dan kikinya juga bewarna kuning. Pada musim sejuk dahinya lebih putih, paruh hitam dan kaki bewarna lebih pucat. Mempunyai bunyi berkeriut yang kuat dan jelas.