![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/4/47/Bunohanposter02.jpg/640px-Bunohanposter02.jpg&w=640&q=50)
Bunohan (filem)
Filem Malaysia 2012 arahan Dain Iskandar Said / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bunohan merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2012 yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan Dain Said menampilkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini merupakan filem kedua Dain selepas Dukun.
Fakta Segera Bunohan, Pengarah ...
Bunohan | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan. | |
Pengarah | Dain Said |
Penulis | Dain Said (cerita asal) |
Lakon layar | Dain Said |
Dihasilkan oleh | Nadita Solomon |
Dibintangi | |
Sinematografi | Charin Pengpanich |
Disunting oleh | Herman Kumala Panca |
Muzik oleh | Tan Yan Wei |
Syarikat penerbitan | Apparat |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan | 8 Mac 2012 |
Masa tayangan | 97 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.81 Juta[2] |
Pecah panggung | RM780,000[3] |
Tutup
Bunohan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia ke anugerah Oskar (Anugerah Akademi) 2012 untuk merebut kategori top 5 Filem Antarabangsa Terbaik. Filem ini akan berentap dengan 70 filem antarabangsa yang lain.[4]