![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5e/Bryce_Dallas_Howard_NYFF_2010_%2522Hereafter%2522_Press_Conference%25284%2529_%2528cropped%2529.jpg/640px-Bryce_Dallas_Howard_NYFF_2010_%2522Hereafter%2522_Press_Conference%25284%2529_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Bryce Dallas Howard
Pelakon, penulis dan pengarah Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bryce Dallas Howard (lahir Mac 2, 1981) ialah seorang pelakon, penulis dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya sebagai pelakon tambahan dalam filem bapanya, Parenthood (1989) dan kemudiannya melakonkan peranan-peranan kecil dalam filem serta membuat penampilan pentas untuk beberapa tahun berikutnya. Semasa tempoh ini, beliau juga menghadiri Tisch School of the Arts di Universiti New York, kemudiannya menerima Sarjana Muda Seni Halus dan pergi ke sekolah drama. Selepas mendapat perhatian M. Night Shyamalan, beliau memilihnya untuk berlakon dalam filem The Village (2004) dan kemudiannya dalam Lady in the Water (2006). Lakonannya dalam As You Like It (2006), diarahkan oleh Kenneth Branagh mendapatkannya pencalonan Anugerah Golden Globe. Pada tahun 2006, beliau menulis dan mengarah filem pendek Orchids.
Bryce Dallas Howard | |
---|---|
![]() Howard pada tahun 2010 | |
Kelahiran | (1981-03-02) 2 Mac 1981 (umur 43) |
Pusat pendidikan | Universiti New York |
Pekerjaan | Pelakon, Penulis, Pengarah |
Tahun aktif | 1989 - sekarang |
Pasangan | Seth Gabel (k. 2006) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Ron Howard Cheryl Alley |
Saudara | Paige Howard (adik) Clint Howard (bapa saudara) |
Howard menjadi lebih terkenal selepas peranannya sebagai Victoria dalam The Twilight Saga: Eclipse (2010). Filem ini serta Terminator Salvation (2009) mencapai kejayaan komersia tetapi mendapat ulasan bercampur daripada pengkritik. Pada tahun 2011, beliau mempunyai watak sokongan dalam 50/50 dan The Help. Beliau juga melakonkan watak utama, Claire Dearing dalam Jurassic World (2015).