From Wikipedia, the free encyclopedia
Boson adalah zarah-zarah yang menuruti statistik Bose-Einstein. Zarah-zarah ini cenderung untuk berada di dalam keadaan (yakni bernombor kuantum) yang sama, terutama pada suhu rendah. Ia merupakan salah satu kelas zarah asas selain fermion yang bersifat bertentangan.[1] Boson mempunyai (nombor kuantum) spin yang bernilai integer.
Nama "boson" dibentuk oleh Paul Dirac[2] memperingati sumbangan Satyendra Nath Bose,[3][4] seorang ahli fizik dan profesor di Universiti Dhaka yang membantu membangunkan statistik Bose-Einstein (bersama Albert Einstein) yang menteorikan ciri-ciri zarah asas.[5] Nama keluarga Bose atau lebih tepat dalam bahasa Benggali বসু Bosu serapan Sanskrit वसु vasu "kekayaan".[6]
Boson boleh bersifat asas (seperti foton) ataupun zarah komposit (seperti meson).
Terdapat lima jenis boson asas yang didapati mengikut Model Piawai Fizik Zarah (Standard Model of Particle Physics):
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.