From Wikipedia, the free encyclopedia
Borut Pahor (lahir 2 November 1963) ialah seorang ahli politik Slovenia yang menjadi Perdana Menteri Slovenia dari 2008 hingga 2012. Beliau terpilih menjadi Presiden Slovenia pada Disember 2012.[1]
Borut Pahor | |
---|---|
Bakal Presiden Slovenia | |
Dijangka mula menjawat 22 Disember 2012 | |
Perdana Menteri | Janez Janša |
Menggantikan | Danilo Türk |
Perdana Menteri Slovenia | |
Dalam jawatan 21 November 2008 – 10 Februari 2012 | |
Presiden | Danilo Türk |
Didahului oleh | Janez Janša |
Digantikan oleh | Janez Janša |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 10 November 2000 – 12 Julai 2004 | |
Didahului oleh | Janez Podobnik |
Digantikan oleh | Feri Horvat |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Postojna, Yugoslavia (kini Slovenia) | 2 November 1963
Parti politik | Liga Komunis (Sebelum 1990) Demokrat Sosial (1990–kini) |
Pasangan Serumah | Tanja Pečar |
Anak | Luka |
Tempat belajar | Universiti Ljubljana |
Menjadi presiden parti Demokrat Sosial sejak 1990-an, Pahor berkhidmat selama beberapa penggal sebagai anggota Perhimpunan Kebangsaan dan menjadi pengerusinya antara 2000 dan 2004. Pada 2004, Pahor terpilih sebagai anggota Parlimen Eropah. Berikutan kemenangan Demokrat Sosial dalam pilihan raya parlimen Slovenia 2008, Pahor dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pada September 2011, kerajaan Pahor mendapat undi tidak percaya akibat krisis ekonomi dan ketegangan politik. Beliau terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri pro tempore sehingga digantikan Janez Janša pada Februari 2012. Pada Jun 2012, beliau mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden Slovenia. Beliau mendapat tempat pertama dalam pusingan pertama pada 11 November, dan menewaskan Presiden Danilo Türk dalam pusingan kedua pada 2 Disember 2012; beliau mendapat kira-kira dua pertiga undi.[2]
Pahor dan pasangannya, Tanja Pečar, mempjunyai seorang anak lelaki, Luka.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.