Borsyt
From Wikipedia, the free encyclopedia
Borsyc (Bahasa Ukraine: Борщ, Bahasa Tatar Crimea: بورشچcode: crh is deprecated borşç,[1] Poland: barszczcode: pl is deprecated ,[2] Belarus: боршч, rumi: borshchcode: be is deprecated , Bahasa Yiddish: באָרשטcode: yi is deprecated borsht, bahasa Inggeris: borschtcode: en is deprecated [3]) atau sup Rusia (pinjam terjemah Cina Ringkas: 罗宋汤code: zh is deprecated ; pinyin: Luósòng tāng) adalah sebuah sup sayuran asal Ukraine dan serantau timur benua Eropah berasaskan ubi bit merah dengan tambahan pes tomato, daging, sayuran dan sebagainya mengikut selera,[4][5][6] tetapi ada juga pelbagai jenis sup borsyc yang hijau (berasaskan tersak) dan putih (berasaskan rai).
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Borsyc
Pihak UNESCO menyenaraikan hidangan ini sebagai Warisan Budaya Segera Dipelihara pada tahun 2022 sejurus tentera Rusia menceroboh Ukraine yang barangkali boleh menjejaskan statusnya[7] sekaligus memudahkan pemerintah Ukraine memperoleh insentif kewangan mendana projek berkaitan pemeliharaan masakan ini.