![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f1/Challenger_launch_on_STS-7.jpg/640px-Challenger_launch_on_STS-7.jpg&w=640&q=50)
Bolak-balik angkasa lepas Challenger
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bolak balik angkasa Challenger (Designasi Kenderaan Pengorbit NASA: OV-099) merupakan kapal angkasa kedua NASA selepas Columbia. Ia membuat penerbangan sulung pada 4 April, 1983, dan telah melengkapkan sembilan misi sebelum meletup dan berkecai selepas 73 saat dilancarkan bagi melakukan misi ke-10, STS-51-L pada 28 Januari, 1986, dan menyebabkan kematian kesemua tujuh orang anak kapalnya. Kemalangan ini menyebabkan armada bolak balik angkasa Amerika Syarikat dilarang terbang selama dua setengah tahun. Misi menggunakan bolak balik angkasa disambung semula pada tahun 1988 dengan pelancaran Bolak-balik angkasa lepas Discovery pada STS-26. Challenger itu sendiri telah digantikan oleh Bolak-balik angkasa lepas Endeavour, yang mana telah dilancarkan pada tahun 1992.
![]() Challenger dilancarkan pada STS-7 | |
OV-099 | |
---|---|
Gelaran Kenderaan Pengorbit: | OV-099 |
Negara: | Amerika Syarikat |
Anugerah kontrak: | 26 Julai 1972 |
Dinamakan selepas: | HMS Challenger |
Penerbangan Pertama: | STS-6 4 April 1983 – 9 April 1983 |
Penerbangan Terakhir: | STS-51-L 28 Januari 1986 |
Bilangan Misi: | 10 |
Anak Kapal: | 7 |
Masa dihabis di angkasa: | 62.41 hari[1] |
Bilangan orbit: | 995 |
Jarak Perjalanan : | 25,803,939 batu |
Bilangan Satelit diatur: | 10 |
Berlabuh diMir: | 0 |
Berlabuh di ISS: | 0 |
Status: | Musnah pada 28 Januari 1986 |