From Wikipedia, the free encyclopedia
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Badan induk tertinggi | Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa |
---|---|
Pertama kali dimainkan | 1895, Holyoke, Massachusetts (Amerika Syarikat) |
Ciri-ciri | |
Contact | No Contact |
Ahli pasukan | 6 |
Jantina bercampur | Perseorangan |
Jenis | Dalam dewan |
Peralatan | Bola tampar |
Kemunculan | |
Sukan Olimpik | 1964 |
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanghai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.Ia permainan yang amat terkenal bagi golongan lelaki mahupun wanita. Dimainkan Di England dan Merupakan Permainan orang luar satu ketika dahulu sebelum diperkenalkan ke Tanah Melayu
Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter yang dibahagikan suatu jaring kepada dua segi empat sama yang lebarnya 1 meter. Jaring gelanggang berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah gelanggang bagi peringkat lelaki dan 2.24 meter bagi peringkat perempuan. Kelegaan tinggi (height clearance) minimum untuk gelanggang jenis tertutup yang dicadangkan ialah sebanyak 7 m, namun ketinggian melebihi 8 m juga disyorkan.
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Fédération Internationale de Volleyball, FIVB) menetapkan bahawa bola yang digunakan harus:[3]
Apabila bola menyentuh lantai dalam lingkungan gelanggang atau silap servis dibuat, pasukan yang berlawanan diberikan satu mata sama ada mereka membuat servis atau sebaliknya. Bola dikira masuk jika ia menyentuh garisan. Pasukan yang memenangi satu mata selepas membuat servis dapat membuat servis pembuka pada pusingan setersnya. Jika pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis pada mata yang sebelumnya, maka pasukan yang menservis akan menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Permainan akan berterusan sehingga mana-mana pasukan meraih 25 mata dahulu seterusnya memenangi set. Perlawanan mempunyai lima set di mana set terakhir dimainkan sehingga 15 mata diraih dahulu dari mana-mana pasukan.
Servis pada zaman sekarang bukan lagi sebagai awal dari suatu permainan atau sekadar menyajikan bola, tetapi sebagai suatu serangan pertama bagi regu yang melakukan servis.
Pada waktu servis, kedua pasukan harus berada dalam lapangan/daerah masing-masing dalam 2 deret ke samping. Tiga deret ada di depan dan tiga deret ada di belakang. Pemain nombor satu dinamakan server, pemain kedua dinamakan spiker, pemain ketiga dinamakan set upper atau tosser, pemain nomor empat dinamakan blocker, pemain nombor lima dan enam dinamakan libero.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.