![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5c/Olympic_rings_without_rims.svg/langms-640px-Olympic_rings_without_rims.svg.png&w=640&q=50)
Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bola sepak di Sukan Olimpik London 2012 akan diadakan di London dan beberapa buah bandar raya lain di United Kingdom, dari 25 Julai hingga 11 Ogos 2012, dan merupakan satu-satunya sukan bermula sebelum hari pembukaan rasmi Sukan Olimpik, dua hari sebelum majlis pembukaan. Ia juga merupakan sukan yang akan diadakan di pelbagai tempat di luar London (bandar tuan rumah Sukan Olimpik), dengan Manchester, Glasgow, Newcastle, Coventry dan Cardiff merupakan bandar tuan rumah perlawanan. Pusingan akhir telah diadakan di Stadium Wembley. Persatuan-persatuan yang bergabung dengan FIFA telah dijemput untuk menghantar pasukan wanita senior mereka dan lelaki bawah 23 tahun negara untuk mengambil bahagian; Pasukan lelaki dibenarkan untuk menambah skuad mereka dengan tiga pemain berusia lebih 23. Lima ratus empat pemain bola sepak bertanding untuk dua set pingat emas.[1]
![]() | |
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | ![]() |
Tarikh | 25 Julai – 11 Ogos |
Pasukan | 16 (lelaki) + 12 (wanita) (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 6 (di 6 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() ![]() |
Naib Juara | ![]() ![]() |
Tempat Ketiga | ![]() ![]() |
Tempat Keempat | ![]() ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 58 |
Jaringan gol | 146 (2.52 per perlawanan) |
Kehadiran | 2,186,150 (37,692 per perlawanan) |
← 2008 2016 → |
Untuk permainan ini, lelaki bertanding dalam kejohanan 16 pasukan dan wanita dalam kejohanan 12 pasukan. Cabutan untuk kejohanan itu berlangsung pada 24 April 2012.[2]