From Wikipedia, the free encyclopedia
Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo (東京都交通局 , Tōkyō-to Kōtsū-kyoku) atau juga dikenali sebagai Toei (都営 )[Note 1] merupakan sebuah badan pengendali dan pengusaha perkhidmatan kereta api, dibawah bidang kuasa kerajaan metropolitan Tokyo. Selain Tokyo Metro, kereta api bawah tanah Toei menjadi salah satu daripada dua sistem alihan laju (kereta api bawah tanah) yang terdapat di Tokyo, Jepun.
Kereta Api Bawah Tanah Toei 都営地下鉄 كريتا اڤي باوه تانه توءي | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Lokasi | Tokyo, Jepun | ||
Jenis transit | Alihan laju | ||
Jumlah laluan/aliran | 4[1] | ||
Jumlah stesen | 106[1] | ||
Bil. penumpang harian | 2.37 juta (FY2012)[1] | ||
Laman sesawang | Toei | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 1960 | ||
Pengendali | Biro Pengangkutan Kerajaan Metropolitan Tokyo | ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 109.0 km (67.7 bt)[1] | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) 1,372 mm (4 kaki 6 in) 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
| |||
sunting |
Kereta api bawah tanah Toei mempunyai empat buah laluan (aliran) kereta api dengan panjang keseluruhannya adalah 109.0 kilometer (67.7 bt).
Warna | Tanda | Nombor | Nama | Laluan | Stesen[1] | Panjang[1] | Dibuka | Tolok[1] | Bekalan semasa[1] | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aliran | Bahasa Melayu | Bahasa Jepun | ||||||||
mawar | Aliran 1 | Aliran Asakusa | 浅草線 | Nishi-magome ke Oshiage | 20 | 18.3 km | 1960 | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) | 1500 VDC, bekalan overhed | |
biru | Aliran 6 | Aliran Mita | 三田線 | Meguro ke Nishi-takashimadaira | 27 | 26.5 km | 1968 | 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
hijau daun | Aliran 10 | Aliran Shinjuku | 新宿線 | Shinjuku ke Moto-yawata | 21 | 23.5 km | 1978 | 1,372 mm (4 kaki 6 in) | ||
magenta | Aliran 12 | Aliran Ōedo | 大江戸線 | Hikarigaoka ke Tochōmae melalui Tochōmae, Roppongi dan Ryogoku | 38 | 40.7 km | 1991 | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) |
Sebagai tambahan kepada kereta api bawah tanah, Toei juga mengendalikan trem Aliran Toden Arakawa, aliran kereta api gantung Monorel Zoo Ueno dan transit laluan pandu automatik Nippori-Toneri Liner.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.