Biri-biri (buruj)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Biri-biri, Domba, Biri-biri Jantan, Domba Jantan, Hamal (Arab: الحملcode: ar is deprecated ), Mesa (Sanskrit: मेषcode: sa is deprecated Meṣá) atau Aries (Ari) ialah salah sebuah daripada buruj-buruj zodiak. Buruj ini terletak di hemisfera samawi utara di antara Pisces (Ikan) ke barat dengan Taurus (Lembu Jantan) ke timur. Nama Aries dalam bahasa Latin bermaksud biri-biri (jantan), dan lambangnya ialah (Unicode ♈), mewakili tanduk biri-biri jantan. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang diperihalkan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini ialah buruj bersaiz sederhana, berkedudukan ke-39 dari segi saiz keseluruhan, dengan keluasan sebanyak 441 darjah persegi (1.1% daripada sfera samawi).
Aries | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Aries |
Singkatan | Ari[1] |
Genitif | Arietis |
Sebutan | /aries/; genitif /arietis/ |
Simbolisme | Biri-biri |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
01j 46m 37.3761s–03j 29m 42.4003s[2] | |
Keserongan | 31.2213154°–10.3632069°[2] |
Keluarga | Zodiak |
Keluasan | 441[3] darjah persegi (ke-39) |
Bintang | |
Bintang utama | 4, 9 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 67 |
Bintang dengan planet | 6 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 2 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2[lower-alpha 1] |
Bintang paling terang | Hamal (2.01m) |
Bintang terhampir | Bintang Teegarden (SO 0253+1652)[4] (12.58 tc, 3.86 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor |
|
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −60°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Disember. | |
sunting |
Sungguhpun Aries secara spesifiknya mewakili biri-biri yang bulunya menjadi Bulu Kencana daripada mitologi Yunani Purba, buruj ini telah mewakili biri-biri sejak hujung zaman Babylonia. Sebelum itu, bintang-bintang Aries membentuk pekerja ladang. Budaya berlainan telah menyertakan bintang-bintang Aries ke dalam buruj berlainan termasuk pemeriksa kembar di China dan lumba-lumba di Kepulauan Marshall. Aries merupakan buruj agak malap, hanya dengan empat buah bintang: Hamal (Alpha Arietis, magnitud kedua), Sheratan (Beta Arietis, magnitud ketiga), Mesarthim (Gamma Arietis, magnitud keempat), dan 41 Arietis (juga magnitud keempat). Beberapa buah objek langit lepas dalam buruj ini adalah agak malap dan termasuk beberapa pasang galaksi bersaling tindak. Beberapa pancuran meteor kelihatan bersinar daripada Aries, termasuk Pancuran Biri-biri Siang dan Pancuran Biri-biri Epsilon.